Friday, July 13, 2012

Tak Bertajuk

Entah kenapa pagi ini tika jam 1.48am 13/7 aku rasa ingin menulis, bila jemari menekan mungkin membuang rasa membelenggu ini. Penghawa dingin bilik suntingan membuatkan aku sukar untuk mencari idea untuk kisah seterusnya. Semalam cukup membahagiakan aku, kerana pancaran sinaran bulan masuk melalui lubang-lubang kecil dinding walaupun hujan lebat jatuh berdas-das. Semalam sungguh bermakna bagi ku, selama aku hidup ini lah kali pertama rasanya aku happy, entah apa yang membuat aku happy mungkin suara lembut ku dengar seawal pagi yang memecahkan keheningan pagi yang ku rasakan penuh bermakna. 

Kenapa sekarang aku rasa mula mempersoalkan tentang jodoh aku, selama ini apa yang datang aku terima saja kehendaknya. Mungkin kali ini aku serius dalam perhubungan, mencuba sejujur yang mungkin dan menjadi yang terbaik walaupun bukan sempurna untuknya. Mungkin pengalaman yang ku lalui selama ini mengajar aku apa itu hati. Kenapa apa yang keluar dari mulut aku semua nya besi dan bukan emas? Aku harapkan ia menjadi emas rupanya bingkisan besi buruk untuk dilupuskan menanti. Apa yang harus aku buat? Terus membawa ia pergi atau aku sekali lagi menelannya? 

Aku tersandar seketika. Aku cuma yang terbaik untuk kamu, tiada niat untuk merendahkan kebolehan kamu, atau menunjuk lagakku. Aku mahu yang terbaik dalam perhubungan bukan kesempurnaan, aku telah mencuba dan ingin lagi mencuba agar kau tahu aku lah yang terbaik yang pernah kau miliki. Walaupun hanya sementara hidup di dunia, aku ingin kau tahu bahawa aku lah memori terindah yang sukar untuk kau lupakan. Mungkin belum untuk ditemukan, membuatkan kau merasakan ragu-ragu, tapi percayalah semua ini ku lakukan untuk kamu dan bukan untuk sapa-sapa. Maafkan aku jika segala yang keluar dari muluku ada salah semata, aku hanya mampu untuk berdiam diri, dalam itu akan ke dalam melalui hati yang mungkin kau tidak sedar akan hadirnya ia. 





No comments: