Monday, June 10, 2013

Demam rindu..

7:13pm ku di pejabat, kehangatan deman terasa, aku rasa sukar untuk bernafas, sukar untuk bergerak, ku masih menunggu text atau panggilan dari nya. Masih aku sendiri di temani diri sendiri, aku perlukan kau ketika ini. Aku rayu..

Ku tak mampu

Aku redha ketentuan illahi.. 

Friday, June 7, 2013

Jaga lelapku.

2:40am terjagaku dari tidur. Meraba dalam kelam mencari telefon jika adanya balasan ehsan text darinya. Tiada lagi yang perlu ju harapkan. Hanya mengharapkan kuasa Allah untuk membantu aku lupakannya. Sakit tuk aku terima, namun ku redha.
Secawan kopi panas dan sebatang rokok peneman hidupku di kala aku terjaga dalam gelap malam dengan rasa yang penuh sakit tanpa belas.. 

Tuesday, June 4, 2013

Indah lelapku

Sukar untuk aku lelapkan mata kali ini, kehilangan sesuatu yang amat beharga memang payah untuk melupakan, aku sendiri sekali lagi walaupun sekian kalinya juga sendiri. Aku cuba untuk perbetulkan keadaan tapi nasib tidak menyebelahiku. 

Aku redha segala ketentuanNya. Untuk dia di sana cuma pintaku jagalah diri, kesihatan dan suatu hari nanti kau akan merindui diri ini.. Aku hanya pendosa yang berdosa untuk selamanya. 

Tika dan saat ini.

Kali ini,
Kami terpisah jauh,
Entah mana silapnya,
Salahkan saja aku untuk semua ini, 
Sudah pasti tiada maknanya untukku disimpan, 
Kerana aku gagal menjaganya,
Tiada peluang, 
Tiada belas,
Aku pergi sayang,
Bersama hati yang separuhnya pergi..