Friday, August 5, 2011

1000 satu kisah.

KENAPA TAK ROGOL SAYA??? Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Saturday, July 30, 2011

Semakin Pasti



Ramadhan hampir pasti,
Kecap segala kenangan,
Dosa makin mati,
Khilaf yang tiada akhirnya.

Esok atau lusa bermulalah bulan baru, bulan yang ditunggu seluruh umah Islam dan termasuk aku, tidak lari dari menunggu bulan segala bulan. Semakin sayu rasanya bulan ramadhan yang akan mendatang ni, jauh dari keluarga, yang tersayang, yang dirindui, entahlah perasaan yang teramat sayu. Banyak benda yang aku cuba fikirkan di bulan ramadhan yang bakal menjelma ni, semua perspektif kena dilihat, baik dari segi rohani, jasmani, dan mental.

Sebagai seorang manusia memang tidak lari dari dosa yang dilakukan baik besar atau kecil. Cuma terpulang pada individu itu sendiri hendak menilai macam mana, kadang kala aku terfikir orang di sekelilingku, orang yang jauh di sana, adakah mereka bahagia? adakah mereka bersyukur dengan apa yang mereka alami, meraka jalani? mungkin juga seperti aku yang masih lagi mencari arus dalam kehidupan, kadang-kala aku hanyut.

Bulan Ramadhan yang hampir tiba ini, aku akan cuba yang terbaik aku, kudrat aku supaya aku dapat menjalani ramadhan dengan tabah, dekatkan diri denganNya, InsyaAllah. Aku juga berharap pada bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini mudahan diberi limpahan rezeki agar aku dapat teruskan perjalanan di muka bumi ini dengan tenang. InsyaAllah.


Tuesday, July 26, 2011

Bola melantun bulat, hilang ia senyap.

Bertahan, tinggal beberapa minggu lagi, tinggallah kenangan bersama alam barzakh dunia yang aku singgahi, dimana aku ketemu para malaikat dan syaitan yang berkeliaran masing-masing cuba memberi semangat dan ada juga memberi penghormatan kepada aku agar aku jatuh ke lubang air mendidih yang panas.

Syukur masih ada beberapa kelompok manusia yang yang masih memberi aku kaki lebih untuk aku berjalan di atas jalan yang amat mengelirukan. Sekarang mampu fokus kepada apa yang dekat dan mampu untuk aku selesaikan, come on I can do it! yeahh!

Aku percaya, tuhan sentiasa dekat padaku, insyaAllah.. demi semua aku bersedia hadapi apa jua mala petaka yang bakal aku tempuhi. Semoga Tuhan merahmati aku, dia, kamu, dan orang yang sentiasa bersamaku..




Tuesday, July 19, 2011

Skandal

Aku baru lepas menonton movie Indonesia ni, jalan agak cliche tapi ada isi tersirat didalam cerita ni, biarlah aku saja yang memahami apa yang terkandung dalam cerita ini. hmm.. nothing much to say.


Lucky-7

Hari ni aku tdo je keja, xda buat apa2, entahlah apa la jadi ngn lucky-7 aku ni, sepatutnya penuh dengan keindahan, kebaikan, tp sebaliknya, mungkin takdir sudah tertulis, redha aku menerimanya. Kesudahannya, aku tak dapat tdo mlm ni, hah damn! Nasib baik la ada line mlm ni, dpt jugak jenguk-jenguk fb, twit, blog dan macam-macam lagi la. Entahlah kenapa bulan ni begitu emosi. Macam-macam je jadi bulan ni, nak cita satu-satu pun sampai bila pun xda kesudahannya, keje banyak lagi nak buat ni, penyakit M aku datang balik rasanya ataupun aku belum ada wahyu nak buat.

Tak lama lagi abis, tak sabar rasanya, tapi manalah hala tuju aku pasni, sememangnya aku akui tak da orang yang sudi pandang aku buat masa ni, tegur aku pun mcm2 tu je, aku percaya rezeki ada dimana-mana, mungkin pada masa tu, orang dah mula pandang aku balik rasanya. Perasaan curiga aku mula timbul, entah apa yang aku curigakan aku pun tak tau, walhal takda apa-apa pun. Hmm.. biarlah, perasaan manusia susah nak jangka. Macam biasalah weekdays aku memang membosankan, apatahlagi weekend, nasib baik lah sabtu ni ada makan arwah datuk aku, so ada jugak keje aku nak buat. Tak lah bosan sangat sabtu ni, ada juga keje nak buat. Aku tak dapatlah sembunyikan perasaan rinduku pada dirinya disana, bila agaknya dapat bertemu, apalah akan jadi selepas ini, aku harap dia rasa apa yang aku rasa, biar apapun terjadi aku akan cuba menghadapinya dengan tabah. Aku berharap tuhan berikan aku kekuatan, mungkin ada sesuatu yang belum aku tahu dan perlu aku tahu.

Entahlah aku pun tak tau apa yang aku fikirkan sekarang ni, aku cuba bayangkan masa depan aku, apa yang akan jadi pada aku nanti. Ya Allah, besarnya dugaan yang kau beri. Aku sekarang berharap agar hari-hari ku jalani seperti biasa, dan diminta buang segala yang tak diingini.. Amin..


Saturday, July 16, 2011

Bicara Sama Hati


Kiranabungamentari..

Semakin jauh semakin sangkut,
Sangkut sang hati pada pemberi,
Sangkut hati pada yang satu,
Sangkut terus penyeri sudah..

Terus begini,
Tanpa apa-apa kata pasti,
Biar ku terus tenggelam dibuai impi,
Impi yang belum ku temui pasti.

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen

Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini. Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.

Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.

1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"

A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL.

Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.

Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.

Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.

B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman

C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.

Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan?

"alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."

2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"

A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.

Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.

B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?

Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.

3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"

A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?

B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.

4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.

Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.

Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...

Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)

Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini.

"tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"

Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak?

Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi.

Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni?

Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam.

Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.

contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?

Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan!

Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.

5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"

i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..)

ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.

Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.

Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa

Sampai bila nak habis?

Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila.

Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat.

Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan.

" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka

Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.

Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.

Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.

6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"

i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.

ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak?

Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?

iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook!

"Kenapa pulak Zulfikar?"

Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah.

Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya?

Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.

iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.

Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU.

_____________________________________________________

Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik.

Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya.

Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia.

Aku hanya memahami politk dari sudut pandang seorang rakyat.

SUMBER : RASA HATI

Tuesday, July 12, 2011

Si Tanang


Hujan limpah kita basah,
Kadang perlu kita sangkut,
Coretan hidup tatkala susah,
Buat kita merasa kusut,

Kaki berjalan,
Otak berfikir,
dada ditepuk,
tanya diri,

Kolam dalam disangka mati,
Lebar minda akal terfikir,
Bicara kata dilaung hati,
Tersemat rapi disorok nanti.

Hari ini dalam sejarah.


Watch it 1st

Isnin pembuka seribu segala cerita, heboh satu dunia, Amerika ketawa, Singapura ketawa, Israel ketawa. Aku pun kadang-kadang ketawa tapi agak touching juga lah, tak banyak sikit ja. 1st all aku minta maaflah kalau post aku ni ada buat sesapa tersinggung ke, terasa ke. Anyway ini adalah pendapat aku sendiri.

Bersih 2.0? aku taklah suka sangat politik ni, kecoh sana, kecoh sini, mendaftar sebagai pengundi pun belum, apatah lagi nak join sembang politik. Kerajaan? ya mmg kerajaan yang mentadbir kita sekarang, siapa? Pendapat aku tentang BERSIH 2.0? ya, kalau difikirkan dengan logik, mmg tak patut kita menentang kerajaan, tanpa kerajaan sekarang ni takkan adalah negara Malaysia tercinta kita sekarang majukan? Aku cetek jugak ilmu dalam bidang politk, tapi semua orang boleh nampak, apa kecacatannya. Aku tak kesah lah pasal apa-apa dalam politik ni, tapi buat semua orang terfikir dan berfikir, dimana silapnya dan tercetusnya BERSIH 2.0, kejadian sabtu lepas tertulisnya sejarah baru didalam buku sejarah dinegara kita, pihak pembangkang yang cuba untuk memperbetulkan apa kekurangan yang ada pada kerajaan kita sekarang.
Lihat saja di Youtube, TV, Facebook, dan mana-mana media elektronik dan massa heboh ceritakan pasal keganasan yang berlaku pada sabtu lepas, dimana silapnya? perhimpunan yang damai hanya untuk menyuarakan hasrat hati rakyat bertukar menjadi sesuatu yang amat tragis, sungguh memilukan ada juga kematian, pergaduhan antara rakyat dan pihak berkuasa. Dengan asap pemedih mata? Semburan air yang mengandungi chemical? hey! come on! tak perlu buat mcm tu, rakyat yang tak bersenjata, bersatu menyuarakan hasrat mereka tiba-tiba berlaku pergelutan yang tak dijangka, kita lihat saja pelbagai jenis bangsa, warga muda, warga tua tidak juga lupa orang kurang upaya. Memang situasi mcm ni susah nak dijangka, tapi tak seharusnya pihak berkuasa bertindak sedemikian rupa, suspek diikat, dimaki, memukul mereka hingga cedera sehingga ada yang patah kaki, huh.. aku tak salahkan semua pihak berkuasa, cuma segelintir, especially yang baru, dengan lagak mereka seperti hero didalam filem hollywood.

Secara rumusannya, mmg salah kalau nak tentang kerajaan, tapi.. kekerasan yang dilakukan oleh pihak berkenaan amat melampau. Maaflah aku ni mmg tak suka pada kekerasan mcm ni.
Anyway, selamat maju jaya! dan aku anak Malaysia! (Football Malaysia je aku tak join).















**Sumber gambar dari: aljazeera.net


Aunty Bersih.. hehe.. YNWA!

Friday, July 8, 2011

Jatuh, mati.. tragis.


its hurt..
Pedih, perit bisa hancur, terpuruk menunggu mati, terima sekongkol diri, sendiri terus pergi, terbang dibawa bayang. Terima kasih, aku mati.


Tuesday, July 5, 2011

010.. tekan lagi tekan



Tekan.. terus tekan.. hahaha!

Saturday, July 2, 2011

Terbaik buatku



Tiada apa yang dapat aku ungkapkan, tiada ternilai budi pekertimu, tiada ternilai pengorbananmu, tiada apa dapat menggantikan dirimu, hanya aku dapat ungkapkan, hanya barisan ayat.... Terima Kasih.


Meskipun Aku Di Syurga



Sayang, meskipun aku di syurga, mungkin aku tak bahagia, bahagiaku tak sempurna bila itu tanpamu.. aku ingin kau menjadi bidadariku di sana, tempat terakhir melabuhkan hidup di keabadian.

Friday, July 1, 2011

Hargailah ia sebelum terlewat.


Hargailah mereka..

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Wednesday, June 29, 2011

Kekasih Gelap, Kekasih Sejati.

Benarkah kekasih gelap adalah kekasih yang sejati? benarkah ungkapan ini? kadang-kala ungkapan ini memberi maksud tersendiri, bagi aku sendiri ia bermaksud menumpang kasih menumpang sayang.

Tak semua yang menghadapi situasi ini, hanya orang yang teristimewa sahaja yang memiliki situasi sebegini, menyintai seseorang yang sudah dimiliki, sejauh manakah ia akan bertahan. Mungkinkah akan menemui kebahagia hingga ke akhir waktu, atau sekadar ia akan bertahan hingga setengah jalan.

Apapun jua yang kita hadapi, cubalah jaga sesuatu hubungan dengan sebaik mungkin, dan yang penting keikhlasan, dan tiada dusta antaranya.

Download (Click untuk Download)




Tuesday, June 28, 2011

Jauh disana.



Pusing kiri, pusing kanan, toleh depan, toleh belakang, ada apa disekeliling kita? ada siapa? ada orang.. sapa orang? kadang-kadang kita temui pelbagai ragam orang, ada baik, ada buruk, ada jahat, ada sempurna, ada cantik dan macam-macam lagi.

Tapi sejauh mana kita dapat menilai seseorang itu? kadang kala bila kita sukar untuk mentafsir isi hati seseorang. Itulah lumrah manusia, sukar untuk diramal segala tingkah laku. Dimana letaknya akal sifat mulia seseorang itu? dimana letaknya sifat keperimanusiaan seseorang itu? tepuk dada tanya selera.

Monday, June 27, 2011

Menuju ke arah itu.

Cahaya itu datang tanpa kita sedari, kita alpa, kita lalai. Mungkin kita tersasar dijalannya. Kemana arah itu? perlukah dilalui? atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu sahaja..

Saturday, June 25, 2011

Bila akhir rasa ini.


mungkin berdiam diri lebih baik..

Kadang kala aku terfikir, dimana logikanya. Kadang kala terasa sepi, kadang kala terasa gembira, kadang kala terasa down yang teramat sangat. Pernah sesekali aku terfikir untuk meluahkan pada si dia, tapi entah, tiada nafsu untuk bercerita.

Kadang kala bila kita sudah tahu kebenaran dari segala pertanyaan, membuatkan kita terfikir, harus diteruskan atau terus memendam rasa..

Thursday, June 23, 2011

Paradewa dan Pengikutnya


semoga paradewa dirahmati selalu..

Semoga kamu dan rakan-rakan kamu dirahmati.. Bertindak menggunakan akal, otak di kepala bukan di bontot. Hari ni aku log-in fb, melihat para pendita mengupdate status yg entah apa-apa. Ada satu part yg buat aku tertarik, dan berfikir sejenak, apa rasionalnya?
Kepada Paradewa...

"Hola der.. lu tenang-tenang sudah sana"..

Wednesday, June 22, 2011

Rabu yang indah..

Indahnya hari ni, walaupun aku menunggu sahabat baikku begitu lama tadi, tapi tidak mematahkan semangatku, entah kenapa aku suka ari rabu, sebab tak beri tekanan kepada aku, esok.. cerita khamis, ada apa dengan esok, semestinya aku tau esok hari yang beri tekanan kepada aku, hanya berbaki 2 bulan, aku harus tabah hadapinya, segala cacian, sindiran aku terima. Aku hanya meminta pada yang esa, agar tabahkan hatiku, lapangkan segala kekusutan dalam diri aku.


Stacy - Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Tuesday, June 21, 2011

... blues








Hari ini aku rasa sungguh blues, entahlah dimana kebiruannya, aku pun tak tahu apa dah jadi dengan aku hari ini, perasaan biru yang cuba membunuh aku kali ini.. "where are you? I need you.." hmm.. "yes, its blues"..

Monday, June 20, 2011

Cermat itu jimat.

Alhamdulillah.. aku masih bernyawa, masih bernafas dibumi tuhan ini, kehidupan semakin sempit, sempit yang aku buat sendiri, sempit yang himpit. kadangkala aku terfikir, bilakah ianya akan berkahir? aku bersyukur kerna masih ada insan yang sudi bersamaku, sahabatku, "Hatiku" sentiasa bersamaku walaupun kami berjauhan.

Hari-hari ku lalui dengan membawa jasad yang belum tahu mana tuju kehidupannya, aku harap aku terus hidup, tempuhi jalan yang ber-mega itu.

Sunday, June 19, 2011

Siapa Dia..









"heart"

Sapa dia.. cukupku kenali dengan insan ku panggil sayang, dialah segalanya, dialah ku anggap segalanya, tidak semudah itu aku mengagungkan insan yang berlawanan jantina selepas perginya dia. Selepas perginya dari hidupku, datanglah sang pari yang datang menyinari alam cakerawala ini, mungkin juga aku tandus dari segalanya. Kadangkala aku terfikir sejenak, mungkinkah dia terakhir dalam hidupku atau mungkin selepas ini dia akan pergi jua?

Siang dan malam aku himpunkan segala keinginanku untuk teruskan hidup dibumi yang penuh dengan kepuraan, aku harus tabah menghadapinya, walaupun aku sekadar menumpang segala kasih sayang yang aku pinjam darinya, tapi besar dihatiku ingin memiliki dirinya. Aku sedar sapa akan diri aku berbanding dirinya, besar pengorbanannya terhadapku. Tidak dapat aku bayar dengan segalanya dengan harta yang aku sekarang ni, cuma aku berikan segala ketulusan hati aku padanya. Biarpun sapa jua dirinya, dia tetap jua dihatiku selamanya aku bernafas dibumi tuhan ini.

Sekarang aku berperang dengan keadaan sekililing, mengejar cita-citaku, mengembalikan segala kepercayaan orang tuaku yang hilang diatas kekilafan diri aku sendiri. Dia berikan aku semangat, jauh disudut hati aku ingin meninggalkannya jauh, tatkala aku jatuh tersungkur, terpuruk menunggu mati, dia lah yang berikan aku semangat, walaupun aku sedar siapa dia, tetapi dia tetap dihatiku dan aku akan tunggu lagi walaupun untuk sekian lama.

Kembalinya Sang Pendosa


"Telah ku tembak"

Kenapa perlunya ada sang hitam bila sang putih tiba menemui kebahagiaan? mengapa perlu ada sang pujangga apabila sang pencinta merahmatinya?.. ya aku kembali ingin mengisi kekosongan yang telah aku tinggalkan tanpa berita ini, mungkin ya bagimu dan mungkin juga ia bagiku sendiri, kehidupan yang sentiasa dirasakan keperitan tidak semestinya itu suatu keluhan dari hati yang tulus, mengapa perlu lurus? mungkin sang hati menyatakan "Aku Sunyi" perlu "Kamu". Perlu menyatakan itu semua jika sering diperlekehkan?

Lama sudah aku tidak memblog, lama jugak tidak menulis, mungkin masa bertapa aku sudah menemui ruang untuk bernafas dengan lapangan dada yang luas. Kisah pusingan hidupku begini dari zaman kegelapan sehinggalah aku menemui sedikit ruang cahaya yang sebesar lubang jarum ini. Layunya bunga ros putih ku dihalaman membuatkan aku terus berjuang untuk mendapat azimat yang aku cari.


Hari berlalu tanpa menunggu kita, itulah pepatah yang selalu kita dengar, selalu aku fikirkan dimana kesasihannya? tatkala aku mengharungi dunia yang fana ini dengan penuh kesabaran dan keperitan, disitulah terujinya sifat kelembutan yang diuji dengan pelbagai helah dunia. Kadang kala aku terfikir haruskah aku terus tenggelam di dalam dunia aku sendiri atau aku terus menyambung kembali jalan yang aku lalui sekarang ini..



Tuesday, February 8, 2011

Sang Pendosa Kembali.

Aku kembali.. kembali dengan harapan yang baru, kembali dari zaman kejatuhan aku, zaman kegelapan yang tiada ku temui penghakhirannya. Sekarang sudah masuk tahun baru, dan beberapa bulan yang lepas cukuplah dengan segala rintangan yang aku harungi, namun ku cuba gagah menghadapinya, mungkin pemergiannya memberi impak yang kuat pada diri aku, baru aku tahu betapa besarnya kuasa mu ya Allah S.W.T.

Orang melihat aku senyum, gembira, ketawa riang, tp didalamnya, Hanya yang Esa saja yang tahu betapa perit liku sang pendosa seperti aku rasakan. Mungkin sekarang aku percaya akan kewujudan KARMA. Karma yang menghancurkan aku. Alhamdulillah kini aku temui "turning point" yang membawa sedikit perubahan pada diri aku.

"Turning Point" yang memberi semangat kepada aku setelah aku kehilangan tulang rusukku, mungkin secara tidak sengaja mengenalinya. Mungkin terlalu awak untuk aku ceritakan sapa dirinya, sapa dia dan mengapa dia. Tapi apa yang aku dapat katakan, dia sungguh istimewa dan mampu buatkan aku tersenyum.

Sekarang aku berada didunia yang baru, dunia yang mahukan aku bermula dari 0.. bermula dari bawah, aku tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang aku alami, aku tau segala ujian yang diberi pada aku insyaAllah ada kegembiraan dan hikmah yang aku temui nanti, tidak sekarang, tidak esok atau lusa.. dan aku pasti id akan datang.

Sempena tahun baru ni aku beraharap aku dapat merubah segalanya, membawa aku lebih matang, lebih baik dalam semua hal. aku berharap. InsyaAllah_____________end.