Thursday, June 21, 2012

Tika ini.

Saat penghujung hari sudah tiba, aku bingkas bangun mencapai rokok, apa ya jika hari ini hari terakhir aku disni? Saat baru akan tiba, harap ada perubahan dan itu mungkin yang terbaik. Perubahan ini untuk bersama bukan sendirian. Percaya seteguh cintaku hanya kamu, untuk kamu.

Monday, June 18, 2012

Bukan Disini.

Assalamualaikum w.b.t
Lama juga tidak menulis, tapi kali ini aku ingin meluahkan sesuatu yang mungkin terbaik untuk aku, keluarga dan si dia. Minggu terakhir aku di sini, minggu terakhir bersama rakan karibku, minggu terakhir bersama mereka yang ku sayangi di lubuk hati ini. 

Mungkin ku harapkan penghijrahan aku kali ini membuahkan hasil, selama ini aku hanya menunggu terpuruk menunggu mati. Aku harap kali ini aku di murahkan rezeki, dan berharap juga kali ini yang terbaik buatku. Aku hanya mampu memohon kesyukuran dan berharap Yang Esa berikan aku petunjuk dan jalan yang terang buatku.

Sekian,
Sang-Pendosa.

Friday, June 8, 2012

Jumaat Yang Indah

Seperti biasa setiap minggu kita akan ditemukan di hari Jumaat yang indah dan di rahmati. Namun apa yang berlaku hari-hari sebelumnya kita akan jadikan ia sebagai iktibar. Tiada apa yang menarik padaku sepanjang weekdays ni, cuma perasaan saja yang berubah. Perasaan yang berubah mengikut mood dan keadaan semasa, aku masih juga begini, tiada perubahan yang nampak, tapi sinar cahayanya semakin terasa kekurangannya. Mungkin aku tidak seperti dulu, sekarang aku lebih mellow-slow-steady.. hakahak! mungkin. 

Aku dapat rasakan aku mungkin kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidupku, mungkin sudah takdir begini ya, nak kata apa juga. Aku harus terima dengan senyuman bukan kepahitan. Namun kini aku sudah merasa kesunyian. Apa yang pasti, kehidupan mesti diteruskan walaupun sukar untuk menerima hakikat, tapi ini adalah aku, mungkin masih samar-samar masa depanku, tapi aku akan buktikan, aku tidak seperti apa yang kau jangkakan dan sangkakan. 

Masa yang ada sekarang ni, aku cuba mencari dan mendalami isi dalamku, apa yang kurang apa yang lebih, aku cuba untuk meperbaikinya sebaik mungkin aku, biarlah kesedihan semalam dijadikan teladan untuk hari ini.Ya aku percaya pada jodoh, sepertimana yang selalu dikatakan para ambia di muka bumi "Ada Jodoh Tak Kemana". Namun satu, aku tidak akan mengalah. I won't give up on us..

Selamat Menunaikan Ibadah Solat Jumaat ^_^
-aziman7-



I Won't Give Up


"I Won't Give Up" - Click to Download

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

Kepada Hati Itu

Betapa kecilnya dunia, mungkin sudah takdir kita ditemukan secara tidak sengaja hari ini. Bukan sengaja mengelak dari mu sahabat, tapi banyak komitmen yang perlu aku berikan. Bukan pengharapan yang aku berikan, tapi aku hanya ingin memberi laluan kepada mu untuk lebih menghargai orang disekeliling mu. 

Aku doakan agar kau gembira dengan kahidupan mu. Aku tidak membuang mu dari hidupku, cuma aku ingin kan kesempurnaan yang engkau carikan selama ini. 

Saat Terbukanya Sang Hijab.

"..Dibiar Pandangan Kaburi Mata..
Seru Segala Kejadian..
Tanpa Sedar..
Ia Mati Terkulai Bersama Kenangan..
Biar Kebah..
Biar Susut..
Segala Mungkin Tanpa Sedar..
Saat Di Buka Hijabnya..
Terserlah Segala Keajaiban..
Di Luar Jangkaan Pandangan Hijab..
Tanpa Kesan..
Ia Semakin Hilang..
Kenangan Di Biar Terkubur..
Tanpa Nama Dan Hanya Kenangan.."

Thursday, June 7, 2012

100% harapan, 100% kerinduan. Entry ke-100..

Ia datang tanpa di duga, ia pergi tanpa kesan. Lumrah hidup yang harus di terima secara hakiki, mungkin ia secebis harapan yang harus aku terima kesahihannya. Mungkin kali ini aku harus terima kekalahan sekali lagi, aku sedar dengan segala keadaan yang aku alami. Besarnya dugaan yang ku terima, kita aku tersepit di dalam lubang dimana jalan keluarnya agak tipis, mungkin juga aku akan mati lemas di dalamnya. Dulu salah satu harapan yang aku taruhkan bersama semasa aku menjalani hidup aku hilang meninggalkan aku.

Benar kata orang tua, jika kita mempunyai sesuatu yang berjaya membawa kita di atas, harapan sentiasa ada bersama kita. Tapi ia hanya harapan yang tinggal kenangan, satu persatu hilang bersamaku, ia pergi sehingga membunuhkan di dalam secara lembut membuatkan ku luka yang teramat. Aku percaya harapan itu sentiasa bersama aku, aku percaya ia akan milik aku. 

Hari ini aku terima satu sms yang begitu membunuh jiwa dan ragaku. Terima kasih kerana membuat cacian dan makian yang begitu membuatkan aku terguris dengan kata-kata mu, memang aku akui silap aku, tetapi kau harus ingat, siapa yang membuatkan kau berada di atas sehingga sekarang kau di anggap tuhan yang mampu menyembuh segala penyakit. Memang aku akui karma telah membunuh aku secara senyap, tapi ingat bila aku sudah kembali kelak aku akan berdiri setarafmu. Aku doakan kejayaan kau di dunia dan akhirat. 

Aku berharap agar harapan itu seperti dulu, seperti mana harapan yang aku temui dulu. 

"..Deras Angin Meniup Malamku..
Harapan Yang Mungkin Dalam Kesamaran..
Ku Terima Segala Kehendak Darinya..
Mungkin Sudah Takdir Ditulis Dengan Adilnya..
Ku Seru Harapan Kembali Padaku..
Walau Sukar Untukku Terima Hakikat..
Percayalah Pada Bayangmu..
Pijaklah Ia Seolah Datang Padamu..
Kini Ia Sudah Hilang Dari Ingatan..
Penuh Harapan.. Kasihmu..
Sayangmu.."
-riwayatsangpendosadankesudahannya2012-

Hibernate Mode

Entahlah sejak akhir-akhir ni, hubungan kami agak renggang, entahlah aku pun tidak tau apa dan dimana silapnya, adakah ia salah aku atau salah dia, puas aku berfikir dari mana silap aku, harap tuhan permudahkan segalanya, memudahkan urusan hubungan kami dan semoga kami dirahmati.. InsyaAllah. Mungkin ini kali terakhir aku bersama laman sosial, kerana aku perlukan ruang dan waktu untuk bergerak. Bukan kerana aku anti-sosial, 1 account aku dah delete permanently, serabut dengan akaun tu, walaupun ia sekadar facebook untuk ku bermain game, tapi satu lagi account masih ada cuma aku cuba menghentikan ia dalam jangka masa yang agak lama. Aku hanya ingin membetulkan diri dan menjauhkan diri dari dunia maya buat seketika. 

Facebook? banyak kelebihan dan keburukan pada facebook. Mungkin kali ini aku akan menghentikan segala akitviti aku di sana, banyak sebab-sebab kenapa aku deactivate facebook aku. Biarlah masa yang sesuai untuk aku kembali. Biarlah aku active dan membebel sorang-sorang di twitter dan blog ku. Kepada semua warga facebook ku, aku tidak remove korang dari friend list, cuma aku mahukan sedikit ruang untuk aku bergerak. InsyaAllah aku akan kembali bila aku dah mencapai apa yang aku mau di realiti. Aku tau ia akan datang padaku, cuma aku tak tau bila dan macam mana. Izinkan untuk sekali ini sahaja aku menyendiri dari dunia luar. 



Tuesday, June 5, 2012

Ya, bla..blaa..blaa..

Peminat No.7 Aku: Bro awat template lama, upgrade la.
Aku Pendosa: Heh?

Hah.. Poret ko ya -,-'

Sunday, June 3, 2012

Dengan Penuh Harapan.

Mungkin lebat hujan petang ni, begitulah rasa luluh hati ini. Hah, bermadah rupanya aku, tidak jugalah bermadah. Hanya secebis kata hatiku ini ingin berkata. Aku masih begini, duduk memerhati segala ciptaan tuhan yang indah. "Oksigen" sudah tiada, "Nyawa" hampir mati. Itu sudah pasti, tapi kepastian untuk nazak mungkin ada.

Semakin hari aku cuba untuk menjadi manusia yang paling tabah untuk mengharungi hidup ini, aku rasa mungkin ini satu sumpahan. Sumpahan "Kum-Kum" rasanya, juga mungkin aku bisa mengeluarkan sumpahan kum-kum dari diri aku. Aku tau ia datang dari mana. Hah, memang nightmare bagi aku kalau nak ingat kembali peristiwa tersebut, mungkin buat aku gila rasanya. Woooiiiiee! minggu ni ku lalui dengan hari-hari yang agak sukar, entah aku rasa mungkin lebih bersorangan dari segalanya.

Hujan macam tak jadi nak turun, mungkin hujan ni faham apa yang aku rasa, bila hujan makin terkenang sayu. Masih mencari cahaya dan seseorang yang benar-benar fahami aku.

Noktah.

"Selamat Berhari Minggu..."