Saturday, September 4, 2010

PadaMu Ku Bersujud.



Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta.. Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia.. Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku.. Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata.. Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada.. Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya.. PadaMu ku pohon sucikan hatiku.. Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu.. Amin.

Tuesday, August 24, 2010

Aku Harus Senyum


Assalamualaikum w.b.t.dan Salam Ramadhan

Lama sudah aku tidak mencoret sesuatu kat blog, aku tidak sibuk, tapi buat-buat sibuk mengalahkan org yg bkerja tetap. Ramai yg sudah tahu kesah hidup aku seperti yg tertera di wall facebook aku. Kehidupan tidak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Bahkan kehidupan diungkap dengan kata kalimah yang sendiri aku belum nampak dan capai. Sekarang dh kurang job, ada pun sedikit, tapi aku harus bersyukur kepada Nya kerana ada memberi rezeki kepada aku.. cukuplah untuk makan dan minum aku muka bumi ciptaannya.

Ramadhan tahun ini sungguh bermakna bagi aku, Ramadhan ini mengajar aku erti kehidupan sebenar. Dulu bersama, sekarang aku bersendirian, tiada lagi teman istimewa dalam hidup aku, ini keputusan yang aku buat untuk kebaikan kami bersama. Selama sekian lama cinta yang kami semai, akhirnya berakhir ditengah jalan. Benar katanya, cinta ini sudah mati. sudah lama terkubur, kubur yang digali dan ditanam sendiri dan mungkin aku saja yang tidak menyedari bahawa ia sudah lama terkubur layu dan mati. Aku tidak mengharap keajaiban akan berlaku, tapi mengharap agar sesuatu yang bermakna didalam hidup aku.

Entah, otak aku kosong sekarang, sehingga aku tidak tahu apa yang coretkan, mungkin fikiran aku bercelaru, dengan tugasan yang banyak, masalah yang tidak akan selesai sampai bila-bila. Aku hanya duduk, duduk, dan terus duduk dan menunggu apa akan jadi pada keesokkan harinya. Ramadhan kali ini seperti hari-hari biasa bagiku, cuma aku kuatkan dengan amalan yang lebih dari hari biasa. Ya aku hanya manusia biasa yang penuh dengan dosa besar dan dosa kecil. Setiap hari aku berdoa meminta dari Nya agar diberikan kekuatan kepadaku untuk meneruskan kehidupan.

- Salam Ramadhan Semoga Ramadhan Kali Ini Memberi Makna Dan Rahmat Pada Kita Semua -








Thursday, July 29, 2010

Pengembaraan Baru

Assalamualaikum w.b.t pembuka kata..

Mungkin lama sudah aku tidak update blog, mungkin kerana sibuk, almaklumlah sekarang aku sudah memasuki alam perkerjaan dan mengerjakan cita-citaku yang mungkin akan ku capai nanti. Dan mungkin selepas ini aku akan merajinkan diri untuk memblog. Macam-macam berlaku 2 bulan lepas, ada manis, ada pahit, ada masam, ada payau macam-macamlah pelbagai rasa, sweet sour ada juga rasanya. Bulan 7 datang lagi, apa yang harus aku lakukan sekarang, hidup mesti diteruskan, banyak persoalan bermain dalam kepala otak aku. Pasal keluarga, pasal cinta, pasal duit, dan banyak masalah yang datang. Banyak fikir kadang-kadang otak aku tak boleh nak fikir, kadang-kadang aku amat membenci kehidupan yang takkan datang dengan senang dan selalu didatangai dengan pelbagai masalah.

Baru aku merasai nikmat alam pekerjaan, besar harapan ku untuk menjadi seorang yang berjaya didalam industri ini, ya mungkin bidang ku kepada teknikal bukan kepada pengarahan dan penyuntingan. Banyak benda aku belajar dari orang yang berpengalaman, mungkin ini sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk mengejar cita-cita. Setakat ini aku telah mempelajari beberapa teknik pencahayaan yang unik dan lebih kepada eksperimental dan komersial. Kamera seperti 1ccd, 3ccd, Beta, Digi Beta dan Full HD 1080i semua sudah aku pelajari, semua sudah aku explore, alhamdulillah mungkin itu credit bagi aku, terima kasih sifu atas tunjuk ajarmu, mungkin rezeki aku belum ke format filem. Walaupun ada segelintir yang sakit ati dengan aku, tapi aku anggap ia sebagai titik permulaan untuk aku berjaya. Semua, insyaAllah aku akan berjaya.

Apa yang aku tau, bermula bulan 7 ini aku akan berusaha untuk memberi yang terbaik apa yang aku buat sekarang. Alhamdulillah kehidupan aku sekarang mula menemui cahaya, cuma satu yang kurang, CINTA. Bila bab keramat ini masuk kedalam kepala, aku rasa macam berada jauh darinya, begitu lama cinta yang kami semai adakah berkubur begitu saja? aku tidak sunyi, aku tidak bosan kerna ada sahabat baikku Azrie, adik perempuanku Mimie, dan rakanku yang sentiasa memahami diri aku. Walaupun aku kurang bergaul dan kurang memiliki kawan yang ku anggap sebagai sahabat, seperti mereka. Ya aku tau, aku bukan yang pertama untuknya, aku cuba untuk memberikan yang terbaik untuk dirinya, sebab dia adalah cinta pertama matiku. Aku banyak bersabar dengan sikapnya, walaupun kadang-kadang aku sanggup makan hati demi menjaga hatinya. Aku tertanya pada diri aku sendiri, dan mungkin kepada yang sedang membaca ketika ini, berbaloikah bagi aku mencintainya sepenuh hati aku sedang dari mulutnya hatinya sudah mati untukku? Adakah perkara 3 tahun lepas berulang lagi? sekarang aku hanya mampu untuk berserah pada yang ESA, jika benar dia jodoh ku akan ku jaga sampai mati, aku terima pa jua apa akan jadi. "Maaf jika aku tidak sempurna dimatamu"

Sampai disini, Selamat Malam.

Saturday, May 8, 2010

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Cahaya Dari Syorga...

Alhamdulillah.. Aku mula mempercayai bila berbicara pasal rezeki, mungkin ia tidak nampak dari segi wang ringgit, tapi ia boleh dilihat dari segenap sudut. Tidak payahlah aku nak menerangkan satu-persatu. Terima kasih kepada seorang sahabat yang memberi aku peluang dan bernafas untuk berkarya, besar hajat aku untuk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang warga 'Seni'. Mungkin rezeki aku tiada disini, tetapi ternyata rezeki aku sudah mula 'terang' di luar sana.

Aku tidak akan mempersiarkan peluang yang ada, percayalah. Aku akan beri komitmen 110% kepada mereka yang mempercayai aku. Pegang janji aku, 'Bunuh' saja aku jika aku tidak dapat menunaikan janji aku. Kepada yang menyindir aku, memperbodohkan aku, terima kasih kerana sindiran dan hinaan anda memberi semangat saya untuk lebih maju dari kamu! kita lihat sapa yang berjaya nanti, aku akan pastikan segala cita-cita aku akan tercapai, ya! aku bermula di sini, di sini yang kecil tempatnya, di sini yang besar ruangnya untuk aku teruskan minat dan usaha aku!

Keep On Rolling!!!

Monday, May 3, 2010

Jarang Menulis, Suka Membaca.

** Mari Menulis Dan Membaca


Salam ku mulai.. Maka jawablah salam ini dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa sangsi. 1 bulan sudah berlalu, banyak yang ku hadapi pada bulan April sehingga hampir menjatuhkan aku, semangat aku dan segala-galanya.

Soalan pertama yang aku ingin bertanyakan kepada mereka.

1) Apa Salah AKu?
2) Apa Dosa Aku?
3) Korang bagi aku makan?

Dua soalan ini sering bermain di kepala aku. Entahlah manusia sejagat. Aku buat ini kena sindir, aku buat ini kena kutuk, aku buat ini kena maki, aku buat ini pun jadi ISU! Oh mereka dan keluarga mereka, keluarga? ya mereka memang satu keluarga. Aku tidak pernah hendak mencemburui mereka ini. Pernah jua aku berfikir secara logik, jika benar mereka tidak menyukai aku lebih dari mereka, mengapa perlu hipokrit? mengapa perlu mendirikan bulu yang sedang basah? ya itu aku akui kehebatan mereka, apa yang mereka ada hanya pada satu iaitu.. POWER bila di melayukan menjadi KEKUATAN. Kekuatan yang ada bukan untuk menjatuhkan aku dan batalion seangkatanku, tetapi kekuatan dari sikap ketidak adilan. Mungkin ketika aku menulis ini, aku begitu beremosi, tidak bagi aku. Semalam adalah segalanya.

Adakah semalam berakhir segalanya? Adakah semalam penutup untuk semua ini, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. Mungkin lembaran baru akan bermula, tapi bukan disini, tapi disana. Rumusan yang singkat, "Ya, Aku Gagal....."

Wassalam.

Saturday, March 27, 2010

Selamat


Bukan Jari Aku..

Lama sudah aku tidak menulis. Mungkin masa yang tidak membenarkan aku, atau aku sendiri yang cuba untuk menidakkan masa. Kehidupan semakin rumit, dan bila entah akan menemui kejayaan. Aky bersyukur apa yang ada pada aku sekarang ini. Mungkin ada yang lebih susah dari aku atau sebaliknya. Mungkin ini tidaklah begitu peribadi bagi aku, mungkin bagi sesetengah makhluk ia adalah retro kehidupan mereka.

Tiada guna juga untuk aku mengeluh atas apa yang aku alami selama ini, kerana aku percaya ini adalah takdir. Takdir yang sudah tertulis didalam hidup aku. Jika ia benar, aku redha. Aku tidak mengatakan aku pasrah, dan aku juga tidak mengatakan yang hidup aku sentiasa ditimpa musibah. Biasalah kehidupan manusia atas pasang surutnya, kadang kala kita diatas kadang kala kita dibawah. "Quote" begini sudah biasa dibaca atau didengar. Segala projek yang aku laksanakan pada bulan lepas dan bulan ini alhamdulillah aku dapat lakukan, aku percaya Tuhan sentiasa bersamaku. Aku tahu aku sendiri lalai untuk mendekatkan diri aku padanya.

Aku Manusia, manusia yang banyak kelemahan yang aku sendiri tidak dapat mengawal kelemahan diri aku. Maaf jika ada yang terasa dengan aku selama bersama dengan aku. Aku tidak berniat untuk mempermainkan hati dan perasaan mereka, tapi ia untuk kebaikan bersama. Tiada lain pinta aku, aku berharap segala masalah yang aku lalui ini akan berkahir. Biar perlahan, biar lambat, asalkan ia dapat mengubah segalanya. Mungkin ini sahaja dari aku untuk kali ini. Ya ALLAH, aku bermohon padamu, permudahkan segalanya atas apa yang aku lalui selama ini. Aminnn..

Sunday, January 24, 2010

2010




Alhamdulillah.. masuk tahun 2010, tiada apa yang dapat aku perkatakan untuk tahun ini, adalah untuk membuat yang terbaik dan munkin tahun ini akan membawa rahmat kepada aku. Tinggal beberapa hari lagi untuk projek besar dalam hidup aku dan ini adalah hala tuju aku.


Tiada apa yang dapat aku katakan, hanyalah untuk membuat yang terbaik diantara yang terbaik disini, banyak dugaan 2009 yang aku lalui, namun tahun ini, azam baru, semangat baru, dan aku tidak akan mempersia2kan apa yang ada, dan yang penting tahun ini aku TIDAK akan mengulangi apa yang aku lakukan, ia cukup memalukan aku, dan ia aku umpakan ambil tukul pukul kepala sendiri.

Mungkin kata-kata dan tomahan tahun lepas akan aku jadikan "Kawan" sejati aku untuk lebih maju pada tahun ini, dan aku berharap benar tahun ini akan membuka mata segelintir pihak yang pernah menjatuhkan, memandang serong dan menghina aku. Kita tunggu dan lihat, aku di tahun "Kelahiran Semula"2010!