Sunday, July 20, 2014

Jika Sibuk Pengubatnya

Alhamdulillah, baru terluang sedikit masa yang ada untuk buat entry baru, semakin hari semakin sibuk, semakin hari semakin banyak kerja, syukur itu rezeki datang dari NYA. Mungkin salah satu cara untuk aku lupakan si dia yang semakin hari semakin jauh jalan yang tiada penghujungnya, memang terasa kali ini Ramadan sangat terasa bila dia tiada bersama, apa boleh aku buat, ia nya takdir sudah ditentukan.

Bohonglah kalau tiada rindu di dalam hati ini, aku tabahkan hati untuk laluinya, Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, banyak yang aku pelajari ketika ini, banyak yang aku ketahui semuanya ini, tentunya ia mengajar aku erti kasih sayang pada diri sendiri mahupun keluarga. Memang luaran tampak tenang, tapi di hati siapa yang tahu..

25hb ni baru dapat merasa nikmat cuti, insyaAllah aku akan uruskan segala urusan yang selama ini tertunda. InsyaAllah lain masa dan ketika akan ada update entry baru, aku pun nak bersiap ke pejabat, kerja mencari rezeki untuk kelansungan hidup.

Salam Ramadan semua.

Wednesday, July 16, 2014

Selamat Bersahur

Urgh.. 3 hari berturut double shift 12jam, penat teramat tahap Lady Kiki Stereng Lock CDM25, nasib baik hari ni shift petang, jadi dapat jugalah untuk meniduri buat seketika, biasalah bulan Ramadan ni, kebanyakkan staf dah mula cuti, orang gomen kalau bab cuti memang nombor 1, tapi hasil kualiti kerja tak lah kemana, orang iban cakap "semadi nadai".

Eidulfitri pun makin dekat, maknanya kerap kali singgah ke bank untuk mengorek, buang duit kemana perlukan? Tapi aku tetap macam ni lah, ramadan dan eidulfitri pun dah tak mcm dulu, semuanya berubah tak macam dulu, hmm.. taknak lah nak cerita lebih kang makin bengkak mata belah kanan aku ni, jadi nak di pendekkan cerita aku pun nak sambung tidur, peluang berehat panjang jangan di sia-siakan..

Izinkan aku mengundur diri buat seketika buat beberapa jam yang ada. Selamat bersahur semua.. Salam Ramadan.

Sunday, July 13, 2014

Terjaga Lelapku

Seawal jam 11.30pm aku lelapkan mata, terjaga tepat jam 2.10am, ingatkan dapat lelap sepenuhnya tapi macam tu jugaklah. Tiba-tiba aku teringatkan si dia,  entah apalah yang membuatkan aku teringat kat dia. Entah dia ingat tak kat aku ni, maka berharaplah aku kan dia teringat kat aku.

Aku pun tak tau nak buat apa, duduk termangu macam ni menunggu sahur tiba. Arini aku double shift, urgh menyiraplah aku nanti.

Friday, July 11, 2014

Offday Yang Indah

Alhamdulillah, selesai ibadah puasa untuk harini, semuanya berjalan dengan lancar, takda apa2 yang menarik sangat pun arini, duduk rumah, berehat je. Sebab esok dah mula minggu yang lagi sibuk dari sebelumnya.

Haa, ni dia gadget baru, taklah baru lah, sebelum ni pun aku guna yang sama tapi hilang dalam satu insiden yang menyayat hati dan sanubari. Rezeki bulan Ramadan lah katakan.. hehe..

Pretty Lil' Girl

Selamat pagi!! Hari yang amat penat bagi aku. Mana tak nya dari jam 8am-6.30pm sampai rumah, dah lah belum ketiduran sebelum tu. Almaklumlah World Cup. Aku agak sedikit kiichiiwa lah sebab Belanda aku tewas penalty-shootout dgn Argentina. Boleh aku katakan perlawanan tersebut amat menarik dan menang nasib Argentina tu melayakkan mereka ke final world-cup edisi kali ini.

Ni ha, gambar budak comel lagi cantik ni, kompom dah besar cantik macam mami beliau. Namanya Ya'Queen menggelarkan dirinya Kak Win@Wiwin, sungguh comel dengan bauan Baby Johnson yang menambahkan lagi kecomelan adik Queen ni. Pandai mami nya pilih nama, sesuai gitteww, kalau tgk betul2 muka ikut ayahnya part mami nya kalau mata. Ni antara budak paling comel lepas adik Fakhrul, serius aku suka sangat kat adik Fakhrul, kenakalannya dengan muka selambanya lagi.. hehe..

Huh.. entah bilanya ada anak sendiri, mengaku pada diri ini, aku memang sayangkan dan sukakan budak-budak. Mudahan aku di temukan jodoh yang baik, supaya dapat memberi zuriat pada ku nanti. Cehh, kesitu pulak, panjang lagi perjalanan ni.. apapun aku ada 1 lagi story yang membuatkan aku agk mereng mlm ni.. nanti lah next entri aku story kat korang.

Baiklah, aku nak settlekan dulu editing aku, kang tak terkejar plak due date, eh.. satu lagi. Aku ada gadget baru!! Hehe.. kita tggu........ :P 

Ni dia little princess Ya'Queen

Si Fakhrul yang nakal! 

Thursday, July 10, 2014

Nyawa Baru

Settle menukar nyawa & alat skodeng baru. Boleh tahan jugaklah harganya. Biasalah barangan buah epal ni. Separuh jiwa ku pergi jugak di buatnya. Apapun aku gumbira ia telah kembali sedia kala dan harap kekal lama lah ye.. 

Selamat Bersahur semua.. 
Yang lepas, biarlah.. Orang tak pandai hargai kita biarlah, suatu hari nanti akan terasa juga yang kita sudah tiada di samping mereka.. 
Pergh.. Sempat jugak bermadah hati guris luka. (Proses baikpulih hati)

Battery & Rear Camera baru. #RabakBank 

Wednesday, July 9, 2014

Ramadan Bulan Murah Rezeki

Alhamdulillah, seminggu dah kita berpuasa, menahan lapar, dahaga dan segala cubaan untuk menjatuh gugat nafsu dan kehendak, sekali lagi Alhamdulillah di ucapkan. 

Takda apa yang menarik nak aku kongsikan kali ni, cuma tu lah, asal kerja berbuka di office, bersahur je belum kot. Walaupun Ramadan kali ni aku tidak seperti dulu, namun aku dapat hadapinya. Syukur pada mu ya Allah. Hanya Dia Yang Satu tahu laluan hidup ku, kemana arahku, cuma aku belum di temukan sepenuhnya. Kepada semua, selamat berpuasa, tingkatkan amalan, ingatlah.. Kehidupan ni kadang-kala kita di atas, kadang-kala di bawah dan tak semestinya kita sentiasa juara ada kalanya kita boleh jadi naib juara. Percayalah pada karma, kerana ia salah satu dari ketentuan yang akan kita hadapi semua, walau tak sepenuhnya mungkin sedikit akan terasa jua.

Lauk utk berbuka tadi.. Biasalah keseorangan.. 

Selamat Berpuasa semua! (:

Tuesday, July 8, 2014

Ramadan 1News Program

'Zoom Sarawak' dari krew 1News Jabatan Penyiaran Sarawak. Jadi Ramadan ni tak lah bosan sangat melayan perasaan yang gundah gulana. Dari teringat manusia yang tiada erti belas. Baik lah rasanya itu sahaja update hari ni. Hakhak! 

"Wajah Kesayangan Hamba.." :P

Monday, July 7, 2014

Renungan Bersama..

Kata-kata yang membuatkan aku tersentuh.. Sekadar perkongsian bersama.. Percayalah sehingga kini aku masih menyayangimu walau apa pernah kau buat padaku cukup sakit. 


Sunday, July 6, 2014

Bermulanya minggu baharu.

Lepas menonton 2 perlawanan world cup, pasukan kegemaran aku mara dengan jayanya. Brazil & Netherland. Mata pun dah macam panda yang di sorongkan bantal. Takda apa pun nak di coretkan sekadar memperaktiskan dan merajinkan diri kembali mem-blog ni. Ni blog peribadi, blog satu lagi dah di-nyah kan dari muka bumi yang fana.

Siap-siap subuh aku ting-tong, baru bangun juga ni. Hari ni aku dh start keja, nasib shift ptg, maka ada kelonggaran masuk pejabat lepas berbuka, tapi aku ambil keputusan nak berbuka di office, klu di rumah alamatnya tak kerja lah aku, malas jadinya. InsyaAllah lepas ni ada entry baru @ luahan perasaan aku. Hakhakhak! 

Salam Ramadan. Selamat Berhujung Minggu. 

Tengah hari dah. Selamat Pagi. 

Saturday, July 5, 2014

Ramdan Edisi 2014

Alhamdulillah, Ramadan datang lagi. Syukur ke hadrat illahi masih aku di berikan kekuatan dan kehidupan untuk meneruskan edisi ramadan kali ini. Semuanya berjalan dengan lancar, kalau ada yang kurang elok tu kebiasaannya berlaku jugakkan.

World Cup dan & Ramadan, itu lah yang istimewanya edisi ramadan kali ini. Mana tak istimewa, sambil bersahur layan World Cup kan. Team favourite aku semestinya Brazil & Holland. Memang aku target kedua team ni akan berjumpa di final. Tapi ingat Germany juga berpotensi untuk juara. 

Tak banyak cerita aku nak share, cerita pun kisah yang sama saja, biarlah dia dengan kisah nya, tapi ingat dunia ini sentiasa berputar, tidak mustahil apa yang anda pernah buat kat orang, itu lah yang akan anda dapat, percayalah.. Bukan mendoakan tapi ini realiti. Anda tidak akan dapat mencari orang yang sama menghargai anda, sebab semua yang datang hanya sekali. Kalau ada mungkin tak sama, dan yang pasti anda akan merunduinya. Hargailah mereka selagi mereka mampu menyayangi anda.

Ini saja rasanya dari aku, Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua.

Ikhlas dari Sang Pendosa.