Thursday, December 3, 2015

22.02.12-12.11.15

" Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin.. "



Setelah lama aku simpan dalam draft, akhirnya aku post entry ni, aku tunggu November berakhir dengan penuh ketenanģan. Tarikh yang sukar untuk aku terima sepanjang aku hidup di muka bumi. Kini kau pergi jauh dari hidup aku, kau putuskan ikatan yang lama kita pertahankan. Kau putuskan pertunangan kita, kau buang aku jauh dari hidupmu. Selama perkenalan kita, aku ikhlas menerima segala kekurangan kau ada, aku ikhlas menyintaimu dan menyayangimu. Aku tau kita telah alami saat yang sukar sepanjang pertunangan ini, tak seperti yang kita rancang.

Sayang, aku mohon jika kau baca entry ni, doakan aku agar aku boleh lupakan kau, seksanya aku hidup di muka bumi sayang, aku hilang arah, aku mati di penghujung jalan sayang. Setiap hari aku berdoa agar kau hilang dari ingatan ku. Sukar sayang untuk aku terima ini, aku cuba jadi sekuat diri aku termampu aku. Aku hilang kata untuk menaip sayang. Aku ikhlaskan hati aku, aku lepaskan kau dengan Bismillah. Terima kasih hadiah harijadiku 18.11.2015 #aa


Saturday, October 31, 2015

Double Trouble

Macam takda yang menarik pun hari ni, macam biasa hujung minggu double shift, orang lain bersuka ria berjimba-jimba aku terpuruk lah di sini mencari rejeki demi sebunggu maggie big kari. Gitu nakkk !

Sekarang ni pun terasa lemah longlai. Nak balik cepat je rasanya, di sambung pulak esok hari, selasa baru rasa nikmat offday. Dari tadi aku dok fikir, entah apa yang aku kejar sebenarnya dalam hidup ni pun aku tak tahu. Orang pernah tanya aku, "kau tak sunyi ?" Aku jawab taklah, sudah biasa. Mungkin lebih senang begini.

Friday, October 30, 2015

Meeting dan Para Gadis

Penat pembuka bicara, hari ni ada meeting, aku yang buat meeting, aku jugak yang last sampai, boleh macam tu ? Hahaha. Boleh lah kot. Bangun jam 10.30am sampai office jam 11.45am macam mana tu ? Al-kisah nya meeting berjalan dengan lancar tiada cacat cela, harap dapat output yang baik.

Lepas meeting, kerja di studio aku terima whatsApp dari kawan lama, nak ajak jumpa lama tak jumpa katanya. Katanya lah, set jam 8.00pm jumpa dua orang gadis sahabat baik aku, katanya kami 3 sahaja, sampai sana ada pulak boipren kawan aku ni, jadi melayanlah jawabnya, asalnya aku nak belanja, tapi ada pulak mamat tu terbantut pulak, insyaAllah next time ya. Yang sorang promote package pinjaman katanya, baik punya layan. Tergerak juga hati aku nak join tapi dalam pertimbangan, malas sebenarnya nak layan-layan hutang ni, nak jaga hati kawan jugakkan, apapun jawapan aku sudah pasti cuma masa nak di beritahu.

Sampai rumah aku terus operate tank vape baru aku, The Russian 91% ! Hebat bukan namanya ? Hahaha.. tapi tak seindah rupa, apapun hobi baru aku ni punya ongkos yang amat besar.

Well.. #vapeOFF dengarnya Vape Scene Malaysia bakal terkubur, jadi sama-samalah kita nantikan kebenarannya.

Sekian.

Sunday, July 20, 2014

Jika Sibuk Pengubatnya

Alhamdulillah, baru terluang sedikit masa yang ada untuk buat entry baru, semakin hari semakin sibuk, semakin hari semakin banyak kerja, syukur itu rezeki datang dari NYA. Mungkin salah satu cara untuk aku lupakan si dia yang semakin hari semakin jauh jalan yang tiada penghujungnya, memang terasa kali ini Ramadan sangat terasa bila dia tiada bersama, apa boleh aku buat, ia nya takdir sudah ditentukan.

Bohonglah kalau tiada rindu di dalam hati ini, aku tabahkan hati untuk laluinya, Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, banyak yang aku pelajari ketika ini, banyak yang aku ketahui semuanya ini, tentunya ia mengajar aku erti kasih sayang pada diri sendiri mahupun keluarga. Memang luaran tampak tenang, tapi di hati siapa yang tahu..

25hb ni baru dapat merasa nikmat cuti, insyaAllah aku akan uruskan segala urusan yang selama ini tertunda. InsyaAllah lain masa dan ketika akan ada update entry baru, aku pun nak bersiap ke pejabat, kerja mencari rezeki untuk kelansungan hidup.

Salam Ramadan semua.

Wednesday, July 16, 2014

Selamat Bersahur

Urgh.. 3 hari berturut double shift 12jam, penat teramat tahap Lady Kiki Stereng Lock CDM25, nasib baik hari ni shift petang, jadi dapat jugalah untuk meniduri buat seketika, biasalah bulan Ramadan ni, kebanyakkan staf dah mula cuti, orang gomen kalau bab cuti memang nombor 1, tapi hasil kualiti kerja tak lah kemana, orang iban cakap "semadi nadai".

Eidulfitri pun makin dekat, maknanya kerap kali singgah ke bank untuk mengorek, buang duit kemana perlukan? Tapi aku tetap macam ni lah, ramadan dan eidulfitri pun dah tak mcm dulu, semuanya berubah tak macam dulu, hmm.. taknak lah nak cerita lebih kang makin bengkak mata belah kanan aku ni, jadi nak di pendekkan cerita aku pun nak sambung tidur, peluang berehat panjang jangan di sia-siakan..

Izinkan aku mengundur diri buat seketika buat beberapa jam yang ada. Selamat bersahur semua.. Salam Ramadan.

Sunday, July 13, 2014

Terjaga Lelapku

Seawal jam 11.30pm aku lelapkan mata, terjaga tepat jam 2.10am, ingatkan dapat lelap sepenuhnya tapi macam tu jugaklah. Tiba-tiba aku teringatkan si dia,  entah apalah yang membuatkan aku teringat kat dia. Entah dia ingat tak kat aku ni, maka berharaplah aku kan dia teringat kat aku.

Aku pun tak tau nak buat apa, duduk termangu macam ni menunggu sahur tiba. Arini aku double shift, urgh menyiraplah aku nanti.

Friday, July 11, 2014

Offday Yang Indah

Alhamdulillah, selesai ibadah puasa untuk harini, semuanya berjalan dengan lancar, takda apa2 yang menarik sangat pun arini, duduk rumah, berehat je. Sebab esok dah mula minggu yang lagi sibuk dari sebelumnya.

Haa, ni dia gadget baru, taklah baru lah, sebelum ni pun aku guna yang sama tapi hilang dalam satu insiden yang menyayat hati dan sanubari. Rezeki bulan Ramadan lah katakan.. hehe..