Saturday, April 7, 2012

Tikah manusia.



As'salam, entah kenapa sejak dua menjak ni aku suka untuk menulis, mungkin sudah bosan dengan kehidupan yang belum pasti, tapi aku pasti ia akan berhasil jua. Aku pun tidak tau apa sebenarnya aku nak tuliskan, baru lepas lepak dengan member. Kami sembang agak lama jugak dekat nak jam 4.30 aku sampai rumah. Banyak jua cerita kami dari awal kami berkenalan sehinggalah sekarang, tapi ada satu part yang betul buat aku touching sikit, tentang seorang sahabat baik aku, bukan hendak memburukkan tapi sekadar untuk berkongsi bersama. 

Dulu senang susah bersama, makan aku payung, susah aku bantu, sedih.. tawa.. semua dalam ingatan aku sampai sekarang. Tapi sekarang semuanya telah berubah, mana rasa hormat kau pada aku dulu wahai sahabat? mana sikap yang aku puji ketika itu wahai sahabat? Dulu kau anggap aku seperti lebih dari seorang sahabat, susah senang kau cerita padaku, sekarang bila aku mula menghubungi kau, kau boleh kata.. "Sapa Aku?" walaupun agak sentap, tapi tak ambil hati sangat, sehinggalah hari ni aku kisah sebenarnya, aku okey saja, tapi kalau nak lupakan aku sekalipun simpanlah sedikit jasa yang pernah aku berikan suatu ketika dulu. Biasalah kehidupan hidup manusia, mudah lupa. Aku tidak mendoakan keburukan padamu, tapi aku doakan kejayaan, kebahagiaan dan juga kesenangan dunia akhirat. Akhir kata dari aku, ubahlah sikap kau untuk kebaikan diri kau, tapi bukan untuk aku.. tapi untuk diri kau sendiri.. (: 


Just for you my "friend".. do keep in touch (:

Friday, April 6, 2012

1 April (:

1 April,
Tarikh yang begitu bermakna bagiku untuk kali ini, setelah sekian lama tiada tarikh baru dalam kamus hidup aku, akhirnya datang 1 tarikh yang agak unik. 1 April.. Ada apa dengan tarikh ini? Hari lahir dia.. Disini aku nak ucapkan selamat ulang tahun.. Happy Birthday Sayang.. Tahun ni tidak dapat menyambut bersama kerana kami agak jauh, insyaAllah tahun depan rasanya kalau umur panjang, murah rejeki dan ada jodoh akan kami sambut bersama, hanya nyanyian hari jadi untuk si dia saja yang mampu untuk aku berikan padanya tepat pada jam 12 tengah malam 31 Mac, walaupun suaraku tidaklah seberapa sedap untuk didengar -,-'. Pada 22 Mac juga birthday Ayahku, walapun pada ketika itu situasi agak "touching" dapat juga aku sambut dengan penuh keserdahanaan dan tidak lupa juga birthday sahabatku pada 29 Mac, tidak akan aku lupakan tarikh lahir kamu (: hingga akhir hayatku. 

Malam yang agak istimewa untuk kami berdua, seperti rutin biasa calling-malling, dari suaranya dapatku fahami isi hatinya yang ikhlas dan betapa sukarnya untuk di ungkap perasaan pada ketika itu. Apapun aku berharap agar dia sukses dalam kerjaya, sentiasa bersabar dengan segala rintangan yang datang, InsyaAllah dalam masa 2 tahun lagi (:

From me with love..


 _azianaziman2012

Malu berdayung, perahu hanyut..

April terus berlalu tanpa aku sedari, pagi ini aku teruskan hidup mencari apa yang tersirat yang belum aku temui, entah kenapa segalanya menjadi tidak menentu, bola menjadi segitiga. Hmm.. Mungkin aku terlalu memikirkan sesuatu diluar jangkaan otakku. Apa yang pasti, kehidupan mesti diteruskan, walaupun sesak nafas tapi jalan didepan harus ku lalui. Apakah pasti ada insan yang sudi memberiku lampu suluh untuk menyuluh jalan yang semakin gelap untuk aku lalui atau sememangnya penglihatan aku semakin kabur.

Sesuatu yang kuharapkan menyinar semakin hari semakin kelam, aku percaya mungkin ada sinar didepan sana yang harus aku cari bukan untuk ditunggu. Tapi sememangnya aku menjadi separuh buta, aku harapkan didalam perjalanan ini, cahaya tersebut memberi sinaran yang agak terang untuk aku teruskan kehidupan ini. Mungkin benar kata orang, bila berada di atas, jangan lupa bersiap sedia untuk menghadapi masa dibawah, mungkin keadaan dibawah agak gelap, gelap sehingga membutakan segala penglihatan. Aku maju, teruskan perjalanan.. Pasti cahaya akan aku temui.. InsyaAllah. Aku pasti!