Wednesday, July 18, 2012

Udnir

Pagi ni terasa mahu menulis, hmm.. semakin hari semakin jauh, terasa benar kejauhan, tiada lagi gelak tawa, tiada lagi harapan, tiada lagi yang ku impikan, cuma aku mampu luahkan hanya kerinduan yang tidak dapat disembunyikan lagi. Cuma satu pintaku aku mahu kamu yang dulu. Rindu.

Monday, July 16, 2012

Suara Hati

Masa semakin hampir dengan ramadhan, semakin hampir berjalan kearahNYA. Tapi aku tetap masih begini, terus mencari sinar hidup yang belum pasti kemana destinasinya, entah aku masih tercari-cari apa kelemahan diri aku.  Memang tidak nampak bila dilihat pada diri sendiri, tapi nampak pada orang lain. Segala benda bermain didalam fikiranku sering menanyakan ku adakah ia bermain dalam fikiran aku sekarang.

Walaupun kebahagiaan hanya datang sekali, tapi ia akan hilang tanpa kita sedari, aku mungkin terlalu menyerah, menyerah sepenuh tanpa menoleh belakang dan menjeling kiri dan kanan. Aku mahu menyerlah, agar kau pandang diri aku, agar kau lihat diriku. Bukan melihatku sebelah mata. Tolong nafikan tiada apa yang kau nampak dari aku. Aku merayu. Biarlah terhina sekalipun, aku tetap mahukan mu. Hanya suara hati yang kesepian, dan masih mengharap sinarnya. Cuma satu, kebahagiaan dan kesempurnaa.

Kayant feat Nabyha - Pelangi (Clik to download)

Friday, July 13, 2012

Tak Bertajuk

Entah kenapa pagi ini tika jam 1.48am 13/7 aku rasa ingin menulis, bila jemari menekan mungkin membuang rasa membelenggu ini. Penghawa dingin bilik suntingan membuatkan aku sukar untuk mencari idea untuk kisah seterusnya. Semalam cukup membahagiakan aku, kerana pancaran sinaran bulan masuk melalui lubang-lubang kecil dinding walaupun hujan lebat jatuh berdas-das. Semalam sungguh bermakna bagi ku, selama aku hidup ini lah kali pertama rasanya aku happy, entah apa yang membuat aku happy mungkin suara lembut ku dengar seawal pagi yang memecahkan keheningan pagi yang ku rasakan penuh bermakna. 

Kenapa sekarang aku rasa mula mempersoalkan tentang jodoh aku, selama ini apa yang datang aku terima saja kehendaknya. Mungkin kali ini aku serius dalam perhubungan, mencuba sejujur yang mungkin dan menjadi yang terbaik walaupun bukan sempurna untuknya. Mungkin pengalaman yang ku lalui selama ini mengajar aku apa itu hati. Kenapa apa yang keluar dari mulut aku semua nya besi dan bukan emas? Aku harapkan ia menjadi emas rupanya bingkisan besi buruk untuk dilupuskan menanti. Apa yang harus aku buat? Terus membawa ia pergi atau aku sekali lagi menelannya? 

Aku tersandar seketika. Aku cuma yang terbaik untuk kamu, tiada niat untuk merendahkan kebolehan kamu, atau menunjuk lagakku. Aku mahu yang terbaik dalam perhubungan bukan kesempurnaan, aku telah mencuba dan ingin lagi mencuba agar kau tahu aku lah yang terbaik yang pernah kau miliki. Walaupun hanya sementara hidup di dunia, aku ingin kau tahu bahawa aku lah memori terindah yang sukar untuk kau lupakan. Mungkin belum untuk ditemukan, membuatkan kau merasakan ragu-ragu, tapi percayalah semua ini ku lakukan untuk kamu dan bukan untuk sapa-sapa. Maafkan aku jika segala yang keluar dari muluku ada salah semata, aku hanya mampu untuk berdiam diri, dalam itu akan ke dalam melalui hati yang mungkin kau tidak sedar akan hadirnya ia. 





Saturday, July 7, 2012

Seakan Menguji

Sudah 2 minggu lebih aku berada di tempat orang, macam-macam ragam dah ketemui selama aku di sini. kini aku pasti mungkin ada sesuatu yang kurang dalam diri aku. Aku tidak lah hebat mana, tapi bersyukur kerana minat dan bakat yang ada aku dapat hidup dalam dunia aku. Aku sebenarnya masih mencari apa yang aku cari dalam hidupku, tapi aku tidak pasti apa yang ku cari. Bila di fikir mengenai tanggungjawabku sungguh berat dan sukar untuk aku fikirkan.

Entah kenapa aku rasakan semakin hari kami semakin jauh, apa jua salahku atau aku sengaja di uji begini olehNya. Pernah jua aku terfikir, adakah dia jodohku? kenapa dia sering mempersoalkan diri aku? Aku tidak pernah memaksa diri kamu untuk bersamaku, cuma aku berharap ada jodoh di antara kita. Biarlah aku berserah..