Wednesday, September 30, 2009

Apa lagi kamu mahu?

Salam lebaran dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. Masih dalam bulan syawal maknanya aidilfitri masih lagi, bagi aku malam terakhir ramadhan dan pagi syawal je yang paling bermakna, hari selainnya tu, hampeh. Entah, aku emosi sangat kot. Oh ya, lepas cuti banyak keje nak dibuat, shooting ni, shooting tu, kadang-kadang tak tercapai akal aku nak melepasi segala permasalahan ini. Adoiya, ya Tuhan berikan aku kekuatan. Entah mungkin ada golongan cerdik pandai yang berlagak pandai tapi bodoh, tapi ya kau berkuasa, kau berharta, kau segala-galanya disinila, aku pun tak tau nak cakap apa, berserah jela labu. Mungkin mereka tidak mau ada yang setanding dengan mereka atau mereka rasakan mereka sangat berkuasa disni atau mereka bangga dengan apa yang mereka ada. Mungkin. Bukan musuh yang aku cari tapi kawan seperjuangan yang sama berjuang tuk aku. Aku harap suatu hari nanti mereka tau apa itu kawan, dan apa itu lawan. Oklah minggu ni memang minggu "badang" bagi aku, shooting 2 projek besar. Doakan untuk kejayaan aku dan crew aku. Jumpa lagi nanti pada masa dan ruang yang ada.

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran.. Sesuci Lebaran..


Sebulan dah berlalu, Alhamdulillah aku harungi Puasa dengan penuh kesyukuran dari Illahi. Banyak dugaan yang aku tempuh di Ramadhan yang mulia ini, Esok dah Syawal. Secara jujurnya aku tidak tahu kemana destinasi aku sebenarnya, Adakah aku harus ke utara? selatan? timur? dan barat?. Aku sekarang berada ditengah-tengah, Ya Allah berikan aku jawapan yang pasti kemana harus ku pergi menjelang Syawal nanti, doakan perjalanan ku, doakan segala-galanya, yang pastinya aku akan memilih hala tuju sekarang ini. Salam Lebaran..

Tuesday, September 1, 2009

Belum Habis lagi.


Belum habis lagi masalah? bila akan berakhir? nak harapkan taluan doa dan meminta padanya? entah apa yang dapat aku buat dan perbetulkan semua ini. Situasi sekarang membataskan aku, membataskan pergerakan, mungkin balasan yang aku terima atas segala perbuatan aku dan ia di balas atas keluargaku? apa-apa lah. Yang aku tahu sekarang, fikiran aku buntu, kepala otak aku entah ke mana ntah. Tuhan berikan aku kekuatan untuk lalui semua ini, Aminn.