Friday, December 28, 2012

2012..

Aku akan kembali menulis.. biarlah 2012 melabuh tirainya, aku harapkan ia akan lebih bermakna bila meninggalkannya.. 2012 terima kasih atas segalanya.

Tuesday, September 25, 2012

Riwayat Sang Tukang Sapu

Kotarayaku, inilah metro, itulah retro. Rancah kehidupan yang bersulam-sulam tanpa kita sedari kadang-kala ia indah, malam tadi cukup membahagiakan aku, ya memang aku merindui kamu setengah mati, tapi aku hanya memendam diam tanpa berkata. Aku rasa bersyukur dapat mendengar suara yang lama aku tidak mendengarnya. Entah kenapa sukar bagi aku untuk melupakan segala pesona tentang kamu, aku cuba, semakin aku cuba semakin aku sakit, aku tak bisa. Maafkan aku NW. Mungkin kau tidak berperasaan macam aku, aku hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan begitu.

Aku tau disebalik suara mu itu ada sesuatu yang tersirat yang mungkin kau sendiri sukar untuk mencari kebenarannya. Walau apapun jadi, kau tetap terindah yang pernah aku miliki, aku doakan kau agar berbahagia dengan kehidupan yang kau pilih, namun aku masih mengharap kita seperti dulu. Kalau benar aku bersyukur jika tidak aku hanya mampu pasrah.

Terima Kasih

Saturday, September 22, 2012

Masih Jelas

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah 1 minggu sudah berlalu, sudah hampir pulih 70% aku cuba untuk membaik pulih jiwa yang sudah rosak. Segalanya sudah terjawab, akhirnya aku sudah mengetahui sebab, punca dan akibat. Harus aku akui ia memang menyakitkan. Terima kasih untuk semua itu. Kini aku cuba membuat langkah baru yang amat sukar aku lalui. 

Sekarang anda sudah mempercayai KARMA? ia memang terjadi pada setiap makhluk ciptaan tuhan. Aku cuba untuk membuka pintu hati ini yang sudah tertutup rapi, membuka untuk melihat dunia, bukan untuk menerima dunia. Aku tetap bersyukur kerana ada orang tua ku yang memberi semangat untuk aku teruskan hidup. 

Dari awal lagi sudah aku jangkakan perkara begini akan berlaku, namun aku cuba untuk menidakkan kebenaran, aku cuba untuk melawan takdir yang sudah tertulis, ternyata kuasa Tuhan lebih kuat dan tiada bandingannya, siapalah aku untuk melawan takdir yang sudah tertulis. Namun jauh di sudut hatiku untuk menerima ia semula, aku tidak memaksa, cuma masih ada ruang untuk nya. Aku mohon agar ruang yang ada ini di gunakan sebaiknya sebelum ia mula di tutup untuk yang lain yang sudah lama aku nantikan ia bersinar kembali.

Mungkin terlalu awal untuk aku katakan aku sudah bersedia, namun kita kena bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Biarlah sekarang ini aku dengan kehidupan baru aku, di kelilingi oleh manusia yang baru di corakkan warnanya, ia sudah cukup membuatkan ku bahagia. Cuma aku doakan kebaikan untuk kau di sana. 

Sekian.

Dari bicaramu kurasa
Penuh nada dan irama
Lalu cahaya berubah
Kebiruan tersusun tercantik
Haluan
Madah dan puisi digubah
Hanya buatmu yang terindah
Lalu sanggup kuhamparkan
Satu cinta
Satu jiwa
Sedangkan ianya berbeza...
 
Lantas hilang erti sebuah keinginan
Saat bukan aku pilihan
Satu cintamu satu sandiwara
Cuma dusta...
Puas ditangisi bila hati dilukai
Puas kau hancurkan segala impian kasih
Kini bagai kelemasan karam ditengah lautan
Sementara ku dimimpi oleh berjuta penyesalan...

Puasku mencari hakikat cinta yang suci
Puas ku menanti cerita gembira tapi kini
Segala bagiku hanyalah
KASIH TAK KESAMPAIAN...
 


Thursday, September 13, 2012

Gerimis mengundang lagi.

"Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta,
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia,
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku, 
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata, 
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada, 
PadaMu ku pohon sucikan hatiku,
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu,
Amin.."

Gerimis mengundang lagi tatkala aku di dalam kesejukan dan tak bernyawa, ketika aku memerlukan udara untuk bernafas datang sangkakala menusuk salur pernafasan sehingga aku lemas dan dan hampir mati. Ku akui pengakuan ikhlas mu memang benar-benar menghancurkan ku, aku tidak tahu apa agenda mu, dan aku jua tidak tahu apa sebenar kemahuanmu, kau perlahan-lahan membunuhku tanpa belas kasihan, aku mati sayang, kenapa ketika aku memerlukan kau disisi kau perlahan membunuhku tanpaku sedar? 

Segala yang di impikan mati di cantas tanpa kasih dan belas, mungkin sudah sampai waktu ku mendengar kau bersuara tanpa aura, warna sebenar yang mula terang dan semakin terang. Engkau memaksa aku untuk membenci, tidak semudah itu, segala kata yang keluar dari mulut mu tidak sedetik membuatku membenci mu. Jika pilihan kau lari dari segala kenyataan di persilakan, aku relakan, kerana aku tahu kau tidak mampu untuk menanggung segalanya, mungkin aku di tahap kontang, belum juga pasti kau akan faham situasi aku, dari mulut katakan ya, dari hati tiada siapa yang tahu, hanya DIA yang memahami isi hatimu yang tersirat.

Aku harap bila kau berjalan jauh nanti, kau temui segala yang kau impikan, banyak simpang yang bakal kau temui nanti, ia akan membuatkan kau befikir apa transisi yang seterusnya. Jadi kau biarlah aku sendirian tanpa kasih dan sayang mu, 

Sayang..
Tiada manusia yang sempurna di dunia, begitu juga kau banyak kekurangan, apatah lagi aku yang sama di jadikan seorang manusia. Aku memohon seribu keampunan dari mu, banyak kekurangan ku yang membuatkan kau terperangkap dalam dalam jiwa mu, aku tahu memang tiada sinar dari ku, tapi aku percaya, suatu hari nanti sinar akan menyingkap segalanya. Mungkin aku masih jua berharap jika kau adalah jodohku ku terima dengan tanda syukur. Aku doakan kau berjaya, mengejar apa yang kau impikan. Kalau kita tidak berjumpa di dunia, akhirat juga akan menemui kita. InsyaAllah. 

2202012.11092012

Friday, September 7, 2012

Seriuskah Pasangan Anda?

As'salamualaikum w.b.tSaya begitu tertarik dengan sebuah artikel yang menyatakan tentang pasangan masing-masing dalam mengharungi hubungan cinta yang di idamkan, mungkinkah pasangan anda serius atau sekadar ingin mempermainkan anda yang hanya untuk memenuhi kemahuan dan permintaan diri sendiri? Mungkin di sini saya akan kongsikan kenyataan tersebut. Di ambil survey dari GalTime.

1. “Aku hanya ingin bersamamu”

 Dari sini, muncul pertanyaan, “Kalau begitu, ada siapa lagi?”, “Siapa lagi yang kau inginkan?” dan “Apa artinya itu?”
 
2. “Aku ingin kau melahirkan anak-anakku”
 
Menurut Greer, kata-kata ini terucap saat seseorang sedang bergairah. Dan, dia mengatakannya hanya sebagai cara untuk memperoleh keinginannya, bukan perasaan yang sebenarnya.
 
3. Dia tidak memperlihatkan rasa sayang
 
Saat Anda mencium atau memperlihatkan kasih sayang, dia tak pernah membalasnya. Tak jarang Anda menemukan, dia merasa khawatir kalian dilihat orang lain. Bila ada tanda-tanda demikian, sebaiknya pertimbangkan kembali hubungan ini.
 
4. Dia berjanji namun mengingkarinya
 
Jika dia selalu berjanji bahwa kalian akan kencan berdua atau Anda akan diajak bertemu keluarganya, tapi semua tak pernah terjadi. Ada alasan mengapa ia tak menepati janji: dia mungkin merasa belum menemukan pasangan yang cocok dengannya.
 
5. Dia selalu membicarakan masa depan yang tak pernah terjadi
 
Meski begitu, masa depan yang selalu dia umbar tak pernah terjadi. Greer mengingatkan, bila hal yang paling mencolok dalam hubungan kalian adalah seks semata, kemungkinan besar kekasih Anda hanya berpura-pura mencintai Anda demi memenuhi kebutuhan biologisnya saja.
 
Sebaiknya, mulailah memerhatikan gelagatnya sebelum dia menemukan seseorang yang dianggap lebih sesuai dan meninggalkan Anda. Atau, Anda telanjur membawanya ke dalam kehidupan Anda. Tidak pernah meperlihatkan kasih sayang, dia tak pernah membalasnya. Tak jarang Anda menemukan, dia merasa khawatir kalian dilihat orang lain. Bila ada tanda-tanda demikian, sebaiknya pertimbangkan kembali hubungan ini.
 
4. Dia berjanji namun mengingkarinya
 
Jika dia selalu berjanji bahwa kalian akan kencan berdua atau Anda akan diajak bertemu keluarganya, tapi semua tak pernah terjadi. Ada alasan mengapa ia tak menepati janji dia mungkin merasa belum menemukan pasangan yang cocok dengannya.
 
5. Dia selalu membicarakan masa depan yang tak pernah terjadi
 
Meski begitu, masa depan yang selalu dia umbar tak pernah terjadi. Greer mengingatkan, bila hal yang paling mencolok dalam hubungan kalian adalah seks semata, kemungkinan besar kekasih Anda hanya berpura-pura mencintai Anda demi memenuhi kebutuhan biologisnya saja.
 
Sebaiknya, mulailah memerhatikan gelagatnya sebelum dia menemukan seseorang yang dianggap lebih sesuai dan meninggalkan Anda. Atau, Anda telanjur membawanya ke dalam kehidupan Anda.
 
Credit to:
- VIVAnews


Kematian Nota itu Kamu

As'salamualaikum w.b.t

Lama juga rasanya aku tidak menulis, mungkin kali ini aku cuba untuk menulis sekerap yang mungkin, Alhamdulillah selepas Eidulfitri ini aku berharap akan ada jua sinar yang menanti. Tak banyak benda aku nak ceritakan, puasa? macam biasa tapi memang habis full blast kena kencing anjing lah, Raya? jangan cakaplah, memang seperti kebiasaan, hari raya aku memang bersahaja. Relationship? tiada ada yang lebih membahagiakan selain daripada bahagia sentiasa 24/7! haaa, tunggu dan lihatlah, ditanam biji buahnya tumbuh, tak diberi baja mati lah jawabnya.

Mungkin ada yang lebih bahagia dari semua itu, iaitu membuang benda yang di rasakan secebis kertas yang ku rasakan ia seperti sampah dan tak mungkin akan bermakna dengan nilainya. Hakhak! dalam kekasaran bahasaku teselit metaforanya kalau korang perasan lah. Aku bukan lah geram, tapi tu lah Kalau kacang boleh masuk balik dalam kulitnya memang aku dah framekan gantung di dinding rumah.

Maaf ya. Nyah segala najis mukhallazah, mutawasittah & mukhafafah. Lebih mulia hati seorang makcik tua yang mencari rezeki untuk diri dari aku mengenali manusia seperti engkau wahai manusia. 

cont.

Wednesday, July 18, 2012

Udnir

Pagi ni terasa mahu menulis, hmm.. semakin hari semakin jauh, terasa benar kejauhan, tiada lagi gelak tawa, tiada lagi harapan, tiada lagi yang ku impikan, cuma aku mampu luahkan hanya kerinduan yang tidak dapat disembunyikan lagi. Cuma satu pintaku aku mahu kamu yang dulu. Rindu.

Monday, July 16, 2012

Suara Hati

Masa semakin hampir dengan ramadhan, semakin hampir berjalan kearahNYA. Tapi aku tetap masih begini, terus mencari sinar hidup yang belum pasti kemana destinasinya, entah aku masih tercari-cari apa kelemahan diri aku.  Memang tidak nampak bila dilihat pada diri sendiri, tapi nampak pada orang lain. Segala benda bermain didalam fikiranku sering menanyakan ku adakah ia bermain dalam fikiran aku sekarang.

Walaupun kebahagiaan hanya datang sekali, tapi ia akan hilang tanpa kita sedari, aku mungkin terlalu menyerah, menyerah sepenuh tanpa menoleh belakang dan menjeling kiri dan kanan. Aku mahu menyerlah, agar kau pandang diri aku, agar kau lihat diriku. Bukan melihatku sebelah mata. Tolong nafikan tiada apa yang kau nampak dari aku. Aku merayu. Biarlah terhina sekalipun, aku tetap mahukan mu. Hanya suara hati yang kesepian, dan masih mengharap sinarnya. Cuma satu, kebahagiaan dan kesempurnaa.

Kayant feat Nabyha - Pelangi (Clik to download)

Friday, July 13, 2012

Tak Bertajuk

Entah kenapa pagi ini tika jam 1.48am 13/7 aku rasa ingin menulis, bila jemari menekan mungkin membuang rasa membelenggu ini. Penghawa dingin bilik suntingan membuatkan aku sukar untuk mencari idea untuk kisah seterusnya. Semalam cukup membahagiakan aku, kerana pancaran sinaran bulan masuk melalui lubang-lubang kecil dinding walaupun hujan lebat jatuh berdas-das. Semalam sungguh bermakna bagi ku, selama aku hidup ini lah kali pertama rasanya aku happy, entah apa yang membuat aku happy mungkin suara lembut ku dengar seawal pagi yang memecahkan keheningan pagi yang ku rasakan penuh bermakna. 

Kenapa sekarang aku rasa mula mempersoalkan tentang jodoh aku, selama ini apa yang datang aku terima saja kehendaknya. Mungkin kali ini aku serius dalam perhubungan, mencuba sejujur yang mungkin dan menjadi yang terbaik walaupun bukan sempurna untuknya. Mungkin pengalaman yang ku lalui selama ini mengajar aku apa itu hati. Kenapa apa yang keluar dari mulut aku semua nya besi dan bukan emas? Aku harapkan ia menjadi emas rupanya bingkisan besi buruk untuk dilupuskan menanti. Apa yang harus aku buat? Terus membawa ia pergi atau aku sekali lagi menelannya? 

Aku tersandar seketika. Aku cuma yang terbaik untuk kamu, tiada niat untuk merendahkan kebolehan kamu, atau menunjuk lagakku. Aku mahu yang terbaik dalam perhubungan bukan kesempurnaan, aku telah mencuba dan ingin lagi mencuba agar kau tahu aku lah yang terbaik yang pernah kau miliki. Walaupun hanya sementara hidup di dunia, aku ingin kau tahu bahawa aku lah memori terindah yang sukar untuk kau lupakan. Mungkin belum untuk ditemukan, membuatkan kau merasakan ragu-ragu, tapi percayalah semua ini ku lakukan untuk kamu dan bukan untuk sapa-sapa. Maafkan aku jika segala yang keluar dari muluku ada salah semata, aku hanya mampu untuk berdiam diri, dalam itu akan ke dalam melalui hati yang mungkin kau tidak sedar akan hadirnya ia. 





Saturday, July 7, 2012

Seakan Menguji

Sudah 2 minggu lebih aku berada di tempat orang, macam-macam ragam dah ketemui selama aku di sini. kini aku pasti mungkin ada sesuatu yang kurang dalam diri aku. Aku tidak lah hebat mana, tapi bersyukur kerana minat dan bakat yang ada aku dapat hidup dalam dunia aku. Aku sebenarnya masih mencari apa yang aku cari dalam hidupku, tapi aku tidak pasti apa yang ku cari. Bila di fikir mengenai tanggungjawabku sungguh berat dan sukar untuk aku fikirkan.

Entah kenapa aku rasakan semakin hari kami semakin jauh, apa jua salahku atau aku sengaja di uji begini olehNya. Pernah jua aku terfikir, adakah dia jodohku? kenapa dia sering mempersoalkan diri aku? Aku tidak pernah memaksa diri kamu untuk bersamaku, cuma aku berharap ada jodoh di antara kita. Biarlah aku berserah..

Thursday, June 21, 2012

Tika ini.

Saat penghujung hari sudah tiba, aku bingkas bangun mencapai rokok, apa ya jika hari ini hari terakhir aku disni? Saat baru akan tiba, harap ada perubahan dan itu mungkin yang terbaik. Perubahan ini untuk bersama bukan sendirian. Percaya seteguh cintaku hanya kamu, untuk kamu.

Monday, June 18, 2012

Bukan Disini.

Assalamualaikum w.b.t
Lama juga tidak menulis, tapi kali ini aku ingin meluahkan sesuatu yang mungkin terbaik untuk aku, keluarga dan si dia. Minggu terakhir aku di sini, minggu terakhir bersama rakan karibku, minggu terakhir bersama mereka yang ku sayangi di lubuk hati ini. 

Mungkin ku harapkan penghijrahan aku kali ini membuahkan hasil, selama ini aku hanya menunggu terpuruk menunggu mati. Aku harap kali ini aku di murahkan rezeki, dan berharap juga kali ini yang terbaik buatku. Aku hanya mampu memohon kesyukuran dan berharap Yang Esa berikan aku petunjuk dan jalan yang terang buatku.

Sekian,
Sang-Pendosa.

Friday, June 8, 2012

Jumaat Yang Indah

Seperti biasa setiap minggu kita akan ditemukan di hari Jumaat yang indah dan di rahmati. Namun apa yang berlaku hari-hari sebelumnya kita akan jadikan ia sebagai iktibar. Tiada apa yang menarik padaku sepanjang weekdays ni, cuma perasaan saja yang berubah. Perasaan yang berubah mengikut mood dan keadaan semasa, aku masih juga begini, tiada perubahan yang nampak, tapi sinar cahayanya semakin terasa kekurangannya. Mungkin aku tidak seperti dulu, sekarang aku lebih mellow-slow-steady.. hakahak! mungkin. 

Aku dapat rasakan aku mungkin kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidupku, mungkin sudah takdir begini ya, nak kata apa juga. Aku harus terima dengan senyuman bukan kepahitan. Namun kini aku sudah merasa kesunyian. Apa yang pasti, kehidupan mesti diteruskan walaupun sukar untuk menerima hakikat, tapi ini adalah aku, mungkin masih samar-samar masa depanku, tapi aku akan buktikan, aku tidak seperti apa yang kau jangkakan dan sangkakan. 

Masa yang ada sekarang ni, aku cuba mencari dan mendalami isi dalamku, apa yang kurang apa yang lebih, aku cuba untuk meperbaikinya sebaik mungkin aku, biarlah kesedihan semalam dijadikan teladan untuk hari ini.Ya aku percaya pada jodoh, sepertimana yang selalu dikatakan para ambia di muka bumi "Ada Jodoh Tak Kemana". Namun satu, aku tidak akan mengalah. I won't give up on us..

Selamat Menunaikan Ibadah Solat Jumaat ^_^
-aziman7-



I Won't Give Up


"I Won't Give Up" - Click to Download

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

Kepada Hati Itu

Betapa kecilnya dunia, mungkin sudah takdir kita ditemukan secara tidak sengaja hari ini. Bukan sengaja mengelak dari mu sahabat, tapi banyak komitmen yang perlu aku berikan. Bukan pengharapan yang aku berikan, tapi aku hanya ingin memberi laluan kepada mu untuk lebih menghargai orang disekeliling mu. 

Aku doakan agar kau gembira dengan kahidupan mu. Aku tidak membuang mu dari hidupku, cuma aku ingin kan kesempurnaan yang engkau carikan selama ini. 

Saat Terbukanya Sang Hijab.

"..Dibiar Pandangan Kaburi Mata..
Seru Segala Kejadian..
Tanpa Sedar..
Ia Mati Terkulai Bersama Kenangan..
Biar Kebah..
Biar Susut..
Segala Mungkin Tanpa Sedar..
Saat Di Buka Hijabnya..
Terserlah Segala Keajaiban..
Di Luar Jangkaan Pandangan Hijab..
Tanpa Kesan..
Ia Semakin Hilang..
Kenangan Di Biar Terkubur..
Tanpa Nama Dan Hanya Kenangan.."

Thursday, June 7, 2012

100% harapan, 100% kerinduan. Entry ke-100..

Ia datang tanpa di duga, ia pergi tanpa kesan. Lumrah hidup yang harus di terima secara hakiki, mungkin ia secebis harapan yang harus aku terima kesahihannya. Mungkin kali ini aku harus terima kekalahan sekali lagi, aku sedar dengan segala keadaan yang aku alami. Besarnya dugaan yang ku terima, kita aku tersepit di dalam lubang dimana jalan keluarnya agak tipis, mungkin juga aku akan mati lemas di dalamnya. Dulu salah satu harapan yang aku taruhkan bersama semasa aku menjalani hidup aku hilang meninggalkan aku.

Benar kata orang tua, jika kita mempunyai sesuatu yang berjaya membawa kita di atas, harapan sentiasa ada bersama kita. Tapi ia hanya harapan yang tinggal kenangan, satu persatu hilang bersamaku, ia pergi sehingga membunuhkan di dalam secara lembut membuatkan ku luka yang teramat. Aku percaya harapan itu sentiasa bersama aku, aku percaya ia akan milik aku. 

Hari ini aku terima satu sms yang begitu membunuh jiwa dan ragaku. Terima kasih kerana membuat cacian dan makian yang begitu membuatkan aku terguris dengan kata-kata mu, memang aku akui silap aku, tetapi kau harus ingat, siapa yang membuatkan kau berada di atas sehingga sekarang kau di anggap tuhan yang mampu menyembuh segala penyakit. Memang aku akui karma telah membunuh aku secara senyap, tapi ingat bila aku sudah kembali kelak aku akan berdiri setarafmu. Aku doakan kejayaan kau di dunia dan akhirat. 

Aku berharap agar harapan itu seperti dulu, seperti mana harapan yang aku temui dulu. 

"..Deras Angin Meniup Malamku..
Harapan Yang Mungkin Dalam Kesamaran..
Ku Terima Segala Kehendak Darinya..
Mungkin Sudah Takdir Ditulis Dengan Adilnya..
Ku Seru Harapan Kembali Padaku..
Walau Sukar Untukku Terima Hakikat..
Percayalah Pada Bayangmu..
Pijaklah Ia Seolah Datang Padamu..
Kini Ia Sudah Hilang Dari Ingatan..
Penuh Harapan.. Kasihmu..
Sayangmu.."
-riwayatsangpendosadankesudahannya2012-

Hibernate Mode

Entahlah sejak akhir-akhir ni, hubungan kami agak renggang, entahlah aku pun tidak tau apa dan dimana silapnya, adakah ia salah aku atau salah dia, puas aku berfikir dari mana silap aku, harap tuhan permudahkan segalanya, memudahkan urusan hubungan kami dan semoga kami dirahmati.. InsyaAllah. Mungkin ini kali terakhir aku bersama laman sosial, kerana aku perlukan ruang dan waktu untuk bergerak. Bukan kerana aku anti-sosial, 1 account aku dah delete permanently, serabut dengan akaun tu, walaupun ia sekadar facebook untuk ku bermain game, tapi satu lagi account masih ada cuma aku cuba menghentikan ia dalam jangka masa yang agak lama. Aku hanya ingin membetulkan diri dan menjauhkan diri dari dunia maya buat seketika. 

Facebook? banyak kelebihan dan keburukan pada facebook. Mungkin kali ini aku akan menghentikan segala akitviti aku di sana, banyak sebab-sebab kenapa aku deactivate facebook aku. Biarlah masa yang sesuai untuk aku kembali. Biarlah aku active dan membebel sorang-sorang di twitter dan blog ku. Kepada semua warga facebook ku, aku tidak remove korang dari friend list, cuma aku mahukan sedikit ruang untuk aku bergerak. InsyaAllah aku akan kembali bila aku dah mencapai apa yang aku mau di realiti. Aku tau ia akan datang padaku, cuma aku tak tau bila dan macam mana. Izinkan untuk sekali ini sahaja aku menyendiri dari dunia luar. 



Tuesday, June 5, 2012

Ya, bla..blaa..blaa..

Peminat No.7 Aku: Bro awat template lama, upgrade la.
Aku Pendosa: Heh?

Hah.. Poret ko ya -,-'

Sunday, June 3, 2012

Dengan Penuh Harapan.

Mungkin lebat hujan petang ni, begitulah rasa luluh hati ini. Hah, bermadah rupanya aku, tidak jugalah bermadah. Hanya secebis kata hatiku ini ingin berkata. Aku masih begini, duduk memerhati segala ciptaan tuhan yang indah. "Oksigen" sudah tiada, "Nyawa" hampir mati. Itu sudah pasti, tapi kepastian untuk nazak mungkin ada.

Semakin hari aku cuba untuk menjadi manusia yang paling tabah untuk mengharungi hidup ini, aku rasa mungkin ini satu sumpahan. Sumpahan "Kum-Kum" rasanya, juga mungkin aku bisa mengeluarkan sumpahan kum-kum dari diri aku. Aku tau ia datang dari mana. Hah, memang nightmare bagi aku kalau nak ingat kembali peristiwa tersebut, mungkin buat aku gila rasanya. Woooiiiiee! minggu ni ku lalui dengan hari-hari yang agak sukar, entah aku rasa mungkin lebih bersorangan dari segalanya.

Hujan macam tak jadi nak turun, mungkin hujan ni faham apa yang aku rasa, bila hujan makin terkenang sayu. Masih mencari cahaya dan seseorang yang benar-benar fahami aku.

Noktah.

"Selamat Berhari Minggu..." 

Wednesday, May 30, 2012

Tiada Penghujung.

Assalamualaikum w.b.t

Penghujung akhir, semakin menghampiri segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Tiada apa yang perlu di harapkan lagi. Mungkin juga tiada apa yang membuat aku terus bersemangat menjalani segala susur jalan di dunia. Kadang kala bila mengharap sesuatu yang mungkin membuat kita bersemangat dan pada satu tahap ia akan menghancurkan emosi yang ada pada diri.

Mungkin aku terus bersabar, memang ia sudah menjadi lumrah hidup seorang manusia meneri segala qada' dan qadar yang sudah tertulis. Dan apa yang pasti aku terus menemui jalan gelap yang tiada jalan penghujungnya, segala penglihatan semuanya kabur. Mata hati juga buta, segalanya kurang jelas. Apa pasti aku teruskan perjalanan ini dengan sendiri, tanpa ada siapa.

Jika benar ia sudah tertulis aku harapkan tuhan berilah aku petunjuk. Ku minta kau berikan aku segala kekuatan.

Tutup...


Wednesday, May 23, 2012

Bila Pasti

Masih menanti..
Apa pasti..
Ia pasti..
Tanpa pasti..
Harus mati.

Friday, May 18, 2012

...

Tuhan.. Jagakan dia..

As'salam dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah masih lagi hidup aku didunia ni, masih bernafas. Entah apa yang jadi sejak dua menjak ni, ada saja yang tak kena, mungkin dugaan yang diberikan begitu mencabar. Aku percaya ia akan mematangkan aku. Jika diberi peluang kali ke-2 mungkin tidak akan aku sia-siakan kegemilangan aku suatu ketika dulu, tapi apa kan daya ia hanya sekejap saja. 

Kadang-kadang hidup bersendirian ni ada kebaikannya, tak menyusahkan orang, tak menyakitkan hati orang, memang perlu juga bertemankan, ada juga teman untuk berbicara. Aku pun tak idea apa nak aku tulis kali ni, mungkin lebih pada merapu-marhaban rasanya. Kenapa agak sukar untuk orang nak memahami cara aku? mungkin aku tidak macam dulu, sikap lama yang agak terlampau, sekarang ni semakin longgar. Perhatian dari seseorang juga perlukan dalam hidup ni? walaupun agak jauh dari keluarga tapi ada teman untuk berbicara, gelak ketawa, bermesra mesti ada, tidak lengkap hidup tanpa semua tu.

Sekarang ni aku harus bersabar dan harus menghadapi segala cabaran hidup dengan tenang, mungkin aku hampir mati tapi dengan kekuatan yang ada mampu menggerakkan segalanya. 
Sebelum aku mengundur diri untuk kali ni, aku berharap agar dipermudahkan segalanya, di bukakan hati nya agar menerima segala keadaan yang datang. InsyaAllah selamat semuanya.

aziman7_

Saturday, April 7, 2012

Tikah manusia.



As'salam, entah kenapa sejak dua menjak ni aku suka untuk menulis, mungkin sudah bosan dengan kehidupan yang belum pasti, tapi aku pasti ia akan berhasil jua. Aku pun tidak tau apa sebenarnya aku nak tuliskan, baru lepas lepak dengan member. Kami sembang agak lama jugak dekat nak jam 4.30 aku sampai rumah. Banyak jua cerita kami dari awal kami berkenalan sehinggalah sekarang, tapi ada satu part yang betul buat aku touching sikit, tentang seorang sahabat baik aku, bukan hendak memburukkan tapi sekadar untuk berkongsi bersama. 

Dulu senang susah bersama, makan aku payung, susah aku bantu, sedih.. tawa.. semua dalam ingatan aku sampai sekarang. Tapi sekarang semuanya telah berubah, mana rasa hormat kau pada aku dulu wahai sahabat? mana sikap yang aku puji ketika itu wahai sahabat? Dulu kau anggap aku seperti lebih dari seorang sahabat, susah senang kau cerita padaku, sekarang bila aku mula menghubungi kau, kau boleh kata.. "Sapa Aku?" walaupun agak sentap, tapi tak ambil hati sangat, sehinggalah hari ni aku kisah sebenarnya, aku okey saja, tapi kalau nak lupakan aku sekalipun simpanlah sedikit jasa yang pernah aku berikan suatu ketika dulu. Biasalah kehidupan hidup manusia, mudah lupa. Aku tidak mendoakan keburukan padamu, tapi aku doakan kejayaan, kebahagiaan dan juga kesenangan dunia akhirat. Akhir kata dari aku, ubahlah sikap kau untuk kebaikan diri kau, tapi bukan untuk aku.. tapi untuk diri kau sendiri.. (: 


Just for you my "friend".. do keep in touch (:

Friday, April 6, 2012

1 April (:

1 April,
Tarikh yang begitu bermakna bagiku untuk kali ini, setelah sekian lama tiada tarikh baru dalam kamus hidup aku, akhirnya datang 1 tarikh yang agak unik. 1 April.. Ada apa dengan tarikh ini? Hari lahir dia.. Disini aku nak ucapkan selamat ulang tahun.. Happy Birthday Sayang.. Tahun ni tidak dapat menyambut bersama kerana kami agak jauh, insyaAllah tahun depan rasanya kalau umur panjang, murah rejeki dan ada jodoh akan kami sambut bersama, hanya nyanyian hari jadi untuk si dia saja yang mampu untuk aku berikan padanya tepat pada jam 12 tengah malam 31 Mac, walaupun suaraku tidaklah seberapa sedap untuk didengar -,-'. Pada 22 Mac juga birthday Ayahku, walapun pada ketika itu situasi agak "touching" dapat juga aku sambut dengan penuh keserdahanaan dan tidak lupa juga birthday sahabatku pada 29 Mac, tidak akan aku lupakan tarikh lahir kamu (: hingga akhir hayatku. 

Malam yang agak istimewa untuk kami berdua, seperti rutin biasa calling-malling, dari suaranya dapatku fahami isi hatinya yang ikhlas dan betapa sukarnya untuk di ungkap perasaan pada ketika itu. Apapun aku berharap agar dia sukses dalam kerjaya, sentiasa bersabar dengan segala rintangan yang datang, InsyaAllah dalam masa 2 tahun lagi (:

From me with love..


 _azianaziman2012

Malu berdayung, perahu hanyut..

April terus berlalu tanpa aku sedari, pagi ini aku teruskan hidup mencari apa yang tersirat yang belum aku temui, entah kenapa segalanya menjadi tidak menentu, bola menjadi segitiga. Hmm.. Mungkin aku terlalu memikirkan sesuatu diluar jangkaan otakku. Apa yang pasti, kehidupan mesti diteruskan, walaupun sesak nafas tapi jalan didepan harus ku lalui. Apakah pasti ada insan yang sudi memberiku lampu suluh untuk menyuluh jalan yang semakin gelap untuk aku lalui atau sememangnya penglihatan aku semakin kabur.

Sesuatu yang kuharapkan menyinar semakin hari semakin kelam, aku percaya mungkin ada sinar didepan sana yang harus aku cari bukan untuk ditunggu. Tapi sememangnya aku menjadi separuh buta, aku harapkan didalam perjalanan ini, cahaya tersebut memberi sinaran yang agak terang untuk aku teruskan kehidupan ini. Mungkin benar kata orang, bila berada di atas, jangan lupa bersiap sedia untuk menghadapi masa dibawah, mungkin keadaan dibawah agak gelap, gelap sehingga membutakan segala penglihatan. Aku maju, teruskan perjalanan.. Pasti cahaya akan aku temui.. InsyaAllah. Aku pasti!



Friday, March 16, 2012

Dicari, Tercari..

Jumaat yang syahdu.. Hujan lebat, aku blues di hari ini. Banyak benda yang kena aku fikirkan, A-Z, biasalah di usia aku sudah mula memikirkan erti tanggungjawab dan masa depan. Syukur ada orang yang bersama aku, ketika senang susah. Terima kasih kerana memahami diri ini. Agak awal mungkin perkenalan ini, tapi aku dapat rasakan keikhlasan tentang dirinya. Azn..

Bulan ni, bulan holiday, bulan untuk bercuti menenangkan fikiran atau bulan untuk membiasakan diri dengan kelahiran baru? hakhak! mungkin juga kelahiran yang mematangkan aku. Kadang kala aku tercari, apa yang aku cari, apa yang pula mencari? biarlah.. Hari yang agak mengecewakanlah bagi aku, mungkin benar kata orang jangan terlalu yakin dengan apa yang di nanti, kalau tidak dapat memang mengecewakan. Tapi aku sudah mencuba, mungkin bukan rezeki.. Hmmm.. Aku cuba mengejar apa yang aku mahu dalam hidup, tapi aku harus juga memikirkan mereka yang dibelakangku yang membesarkan aku selama ini.

Namun aku tetap percaya, aku akan berjaya jua, aku tau rezeki aku akan ada tahun ni. Semalam selepas aku berborak dengan yang tersayang, aku pegi ke pejabat kawan ku, menonton bola.. walaupun team aku kalah, tapi puas dapat berborak dengan sahabat baik aku. Aku hanya meminta pendapat dari dia, dan benar katanya.... "Rebut Peluang Yang Ada Di Depan Mata" aku hanya mampu terdiam. Terima Kasih pada sahabat aku kerana memahami aku. Memang benar kata sahabatku itu, hidup mesti diteruskan.

Satu lagi perkara yang sangat membengangkan aku, Ext HDD aku, corrupted! segala software, pictures semuanya hilang, sekarang dalam proses recovery, harap semuanya ok. Aku sekarang hanya mampu untuk menunggu apa akan berlaku, dan meniti kehidupan bersama si dia, rakan-rakan serta keluargaku.. Semoga Di Rahmati. InsyaAllah..



Thursday, March 1, 2012

Mungkin Juga.

Cepat masa berlalu, tanpa disedari. Lip-lap-lip-lap-lip-lap.. prack! bulan 3.. Terima kasih dan syukur pada yang esa aku masih bernyawa. Semua berubah, setiap perubahan dirasai. Bangkit segala rasa, rasa yang mungkin sudah lama tidak aku rasai. Mungkin kekal, mungkin tidak. InsyaAllah.. aku berserah. padaMu.

Thursday, February 23, 2012

Riwayat

"Kesal kati timbang, Patah terus mati.."

:)

Tuesday, January 31, 2012

Ya.. Itu awan nano.

Asslamualaikum..

Kadang-kadang kita tidak menjangka apa yang akan terjadi dalam hidup kita, kadang-kadang ada juga benda yang kita tidak jangka akan berlaku. Memang sudah lumrah manusia didalam kehidupan yang penuh dengan kekangan ini. Jika difikirkan diluar kotak pemikiran manusia, kadang-kadang kita menjadikan sesuatu yang remeh kepada yang serius.

Kadang-kadang benda yang serius juga boleh menimbulkan satu tanda tanya yang membuatkan kita melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Biarlah aku terus mentafsirkan apa yang berlaku, namun apa yang berlaku mungkin tidak kita sengajakan atau mungkin secara kebetulan.

Pada mulanya mungkin ia sekadar permainan biasa, lama-kelamaan ia menjadi sesuatu yang serius dan jika di layan ia akan menjadi kritikal, mungkin terlalu awal untuk menyatakan "YA" kerana apa yang berlaku mungkin tidak dirancang atau ia dinamakan jodoh atau disebaliknya. Apa yang aku rasa sekarang ini hanya tuhan yang Esa saja yang tahu. Tidak mungkin awan di atas mampu untuk aku capai?

Untuk aku akhiri segalanya, hanya dapat ku katakan, itulah awan nano. Selagi aku termampu untuk bermain semua ini, selagi itu aku cuba untuk mempertahankannya.





Wednesday, January 25, 2012

Tahun Naga Air?

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai.. sejauh mana kekuatan "air" ini membawa arus dalam kehidupan kita pada tahun ini? Banyak kejadian alam yang berlaku dan jarang-jarang berlaku di negara kita especially kat Kuching Bumi Sarawak ni. Ada jugak yang menyatakan tahun 2012 tahun akhir zaman, benarkah?

Sejak dua menjak kehidupan aku setelah bergelar pekerja ni, banyak yang berubah, alhamdulillah mungkin ini dinamakan erti kehidupan, belajar dari kesalah, kesilapan yang aku cipta sendiri. Apa juga yang berlaku memang ada hikmahnya. Aku pun tak tau apa point sebenarnya aku nak post entry tuk kali ni, macam yang berpusing dalam kepala aku ni.

Dari sudut kehidupan, aku telah memperbaiki segala keburukan aku sikit demi sedikit. Jasad aku hidup cuma roh aku yang tak tenteram, nak mandi bunga sekali lagi kot? hakhak! tak mungkin! mengarut saja tu, dulu pun pernah juga mandi bunga tapi tiada hasilnya. So aku harap tahun ni tahun keramat buat aku. InsyaAllah.


Gong Xi Fa Cai!




Sunday, January 15, 2012

Harapan..

Saat harapan tak terpenuhi, kamu sedang belajar tentang penerimaan, menerima kenyataan, ini adalah pemuliaan diri..


I'm Back for Good.

Assalamualaikum w.b.t

Lama sudah aku menyepi, rasanya hampir 6 bulan, menyepi bukan mati, menyepi untuk mensucikan diri yang sudah kotor disentuh najis yang sadis. Selamat tahun baru aku ucapkan, walaupun tidak terlalu lewat kerana masih di pertengahan Januari. Selama 6 bulan banyak kenangan pahit dan manis, Alhamdulillah aku sekarang menemui sinar harapan yang sudah pasti terangi jalan yang lurus ku lalui selama ini, kini aku berharap agar terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi. Satu jalan yang pasti, aku yakin akan mencapai puncak. InsyaAllah.. (: