Monday, July 27, 2009

Genre Erotica

Aku tengah memikirkan skrip baru.. Genre apa yang ingin ku cuba? Aku ingin mencuba sesuatu yang baru, sesuatu lain dari yang lain, sesuatu yang tak mungkin aku terfikir.. Ada idea ke tidak? Dalam kepala otak aku sekarang ni.. aku nak buat genre Erotica ataupun sesuatu yang boleh menimbulkan KONTROVERSI? waaa... Apa ya?

Friday, July 3, 2009

From Putra Jaya With Love.


Simpang baru yang aku lalui ini aku bernasib baik, mungkin kerana jalan yang aku lalui ini, jalan yang bertar dan jalan yang baru dibina, pendek kata jalan "Highway". Walaupun kurang kereta lalu disini tapi aku teruskan perjalanan aku disini, mungkin juga aku dapat melupakan jalan lama, terimak kasih kepada "simpang yakuza" kerana memberi aku keyakinan yang tinggi untuk meneruskan perjalanan aku disini. Disini juga aku temui kawan seperjuangan aku, tapi aku tidak pasti adakah destinasinya sama dengan aku tidak, dan yang paling pasti sekarang aku mengekori sebuah kereta yang pasti akan aku tumpangi suatu hari nanti.

Walaupun agak sukar untuk aku ekori kereta ini, tapi aku yakin dan pasti 650'Z aku boleh mengekori dengan rapat. Aku berehat sebentar ditempat persinggahan untuk berehat, nasib aku baik kerana kereta yang aku ekori berehat ditempat yang sama. Kami berehat, minum bersama, bercerita tentang sebuah kisah klasik. Masa lagi panjang atau aku harus terus mengekorinya sehingga aku boleh menumpang keretanya suatu hari nanti. Aku teruskan perjalanan aku.....

Wednesday, July 1, 2009

Simpang Yakuza.


Dunia baru sudah bermula... Mungkin jalan yang aku pilih ini jalan yang terbaik buat diri aku. Hampir 7 tahun aku melalui jalan ini, banyak dah aku lalui.. Ya Allah.. betulkah jalana yang aku pilih ni? Adakah ini jalan terbaik untuk aku? adakah ini yang aku dapat selama aku menyusuri jalan ini? Mungkin simpang baru ini memberi aku jalan yang terbaik buat diri aku, dan ini merupakan permulaan untuk segala2nya.. sudah puas aku lalui dan cabaran, akhirnya aku mengalah.. dari aku yang sengsara baik aku lari dari semua ini. Jalan ini betul2 mencabar diri aku.. begitu juga yang berlaku 2 tahun yang lepas, kini ia kembali lagi memberi lebih impak kepada aku.

Walaupun ia kembali, tapi ia tidak memberi impak yang besar pada aku, seharusnya aku harus tabah tuknya. Dijalan ini aku dimaki, dicaci, ya.. aku tau aku tak sempurnya makhluk ciptaan tuhan, aku tau mungkin sukar untuk aku lalui jalan baru yang aku baru tempuhi ni.. aku perlu bersedia hadapi pa jua yang bakal aku tempuh dijalan baru ini..

Adakah aku akan meneruskan perjalanan aku atau aku harus berpatah balik? huh...