Tuesday, January 31, 2012

Ya.. Itu awan nano.

Asslamualaikum..

Kadang-kadang kita tidak menjangka apa yang akan terjadi dalam hidup kita, kadang-kadang ada juga benda yang kita tidak jangka akan berlaku. Memang sudah lumrah manusia didalam kehidupan yang penuh dengan kekangan ini. Jika difikirkan diluar kotak pemikiran manusia, kadang-kadang kita menjadikan sesuatu yang remeh kepada yang serius.

Kadang-kadang benda yang serius juga boleh menimbulkan satu tanda tanya yang membuatkan kita melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Biarlah aku terus mentafsirkan apa yang berlaku, namun apa yang berlaku mungkin tidak kita sengajakan atau mungkin secara kebetulan.

Pada mulanya mungkin ia sekadar permainan biasa, lama-kelamaan ia menjadi sesuatu yang serius dan jika di layan ia akan menjadi kritikal, mungkin terlalu awal untuk menyatakan "YA" kerana apa yang berlaku mungkin tidak dirancang atau ia dinamakan jodoh atau disebaliknya. Apa yang aku rasa sekarang ini hanya tuhan yang Esa saja yang tahu. Tidak mungkin awan di atas mampu untuk aku capai?

Untuk aku akhiri segalanya, hanya dapat ku katakan, itulah awan nano. Selagi aku termampu untuk bermain semua ini, selagi itu aku cuba untuk mempertahankannya.





Wednesday, January 25, 2012

Tahun Naga Air?

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai.. sejauh mana kekuatan "air" ini membawa arus dalam kehidupan kita pada tahun ini? Banyak kejadian alam yang berlaku dan jarang-jarang berlaku di negara kita especially kat Kuching Bumi Sarawak ni. Ada jugak yang menyatakan tahun 2012 tahun akhir zaman, benarkah?

Sejak dua menjak kehidupan aku setelah bergelar pekerja ni, banyak yang berubah, alhamdulillah mungkin ini dinamakan erti kehidupan, belajar dari kesalah, kesilapan yang aku cipta sendiri. Apa juga yang berlaku memang ada hikmahnya. Aku pun tak tau apa point sebenarnya aku nak post entry tuk kali ni, macam yang berpusing dalam kepala aku ni.

Dari sudut kehidupan, aku telah memperbaiki segala keburukan aku sikit demi sedikit. Jasad aku hidup cuma roh aku yang tak tenteram, nak mandi bunga sekali lagi kot? hakhak! tak mungkin! mengarut saja tu, dulu pun pernah juga mandi bunga tapi tiada hasilnya. So aku harap tahun ni tahun keramat buat aku. InsyaAllah.


Gong Xi Fa Cai!




Sunday, January 15, 2012

Harapan..

Saat harapan tak terpenuhi, kamu sedang belajar tentang penerimaan, menerima kenyataan, ini adalah pemuliaan diri..


I'm Back for Good.

Assalamualaikum w.b.t

Lama sudah aku menyepi, rasanya hampir 6 bulan, menyepi bukan mati, menyepi untuk mensucikan diri yang sudah kotor disentuh najis yang sadis. Selamat tahun baru aku ucapkan, walaupun tidak terlalu lewat kerana masih di pertengahan Januari. Selama 6 bulan banyak kenangan pahit dan manis, Alhamdulillah aku sekarang menemui sinar harapan yang sudah pasti terangi jalan yang lurus ku lalui selama ini, kini aku berharap agar terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi. Satu jalan yang pasti, aku yakin akan mencapai puncak. InsyaAllah.. (: