Thursday, December 3, 2015

22.02.12-12.11.15

" Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin.. "



Setelah lama aku simpan dalam draft, akhirnya aku post entry ni, aku tunggu November berakhir dengan penuh ketenanģan. Tarikh yang sukar untuk aku terima sepanjang aku hidup di muka bumi. Kini kau pergi jauh dari hidup aku, kau putuskan ikatan yang lama kita pertahankan. Kau putuskan pertunangan kita, kau buang aku jauh dari hidupmu. Selama perkenalan kita, aku ikhlas menerima segala kekurangan kau ada, aku ikhlas menyintaimu dan menyayangimu. Aku tau kita telah alami saat yang sukar sepanjang pertunangan ini, tak seperti yang kita rancang.

Sayang, aku mohon jika kau baca entry ni, doakan aku agar aku boleh lupakan kau, seksanya aku hidup di muka bumi sayang, aku hilang arah, aku mati di penghujung jalan sayang. Setiap hari aku berdoa agar kau hilang dari ingatan ku. Sukar sayang untuk aku terima ini, aku cuba jadi sekuat diri aku termampu aku. Aku hilang kata untuk menaip sayang. Aku ikhlaskan hati aku, aku lepaskan kau dengan Bismillah. Terima kasih hadiah harijadiku 18.11.2015 #aa


Saturday, October 31, 2015

Double Trouble

Macam takda yang menarik pun hari ni, macam biasa hujung minggu double shift, orang lain bersuka ria berjimba-jimba aku terpuruk lah di sini mencari rejeki demi sebunggu maggie big kari. Gitu nakkk !

Sekarang ni pun terasa lemah longlai. Nak balik cepat je rasanya, di sambung pulak esok hari, selasa baru rasa nikmat offday. Dari tadi aku dok fikir, entah apa yang aku kejar sebenarnya dalam hidup ni pun aku tak tahu. Orang pernah tanya aku, "kau tak sunyi ?" Aku jawab taklah, sudah biasa. Mungkin lebih senang begini.

Friday, October 30, 2015

Meeting dan Para Gadis

Penat pembuka bicara, hari ni ada meeting, aku yang buat meeting, aku jugak yang last sampai, boleh macam tu ? Hahaha. Boleh lah kot. Bangun jam 10.30am sampai office jam 11.45am macam mana tu ? Al-kisah nya meeting berjalan dengan lancar tiada cacat cela, harap dapat output yang baik.

Lepas meeting, kerja di studio aku terima whatsApp dari kawan lama, nak ajak jumpa lama tak jumpa katanya. Katanya lah, set jam 8.00pm jumpa dua orang gadis sahabat baik aku, katanya kami 3 sahaja, sampai sana ada pulak boipren kawan aku ni, jadi melayanlah jawabnya, asalnya aku nak belanja, tapi ada pulak mamat tu terbantut pulak, insyaAllah next time ya. Yang sorang promote package pinjaman katanya, baik punya layan. Tergerak juga hati aku nak join tapi dalam pertimbangan, malas sebenarnya nak layan-layan hutang ni, nak jaga hati kawan jugakkan, apapun jawapan aku sudah pasti cuma masa nak di beritahu.

Sampai rumah aku terus operate tank vape baru aku, The Russian 91% ! Hebat bukan namanya ? Hahaha.. tapi tak seindah rupa, apapun hobi baru aku ni punya ongkos yang amat besar.

Well.. #vapeOFF dengarnya Vape Scene Malaysia bakal terkubur, jadi sama-samalah kita nantikan kebenarannya.

Sekian.