Friday, October 30, 2015

Meeting dan Para Gadis

Penat pembuka bicara, hari ni ada meeting, aku yang buat meeting, aku jugak yang last sampai, boleh macam tu ? Hahaha. Boleh lah kot. Bangun jam 10.30am sampai office jam 11.45am macam mana tu ? Al-kisah nya meeting berjalan dengan lancar tiada cacat cela, harap dapat output yang baik.

Lepas meeting, kerja di studio aku terima whatsApp dari kawan lama, nak ajak jumpa lama tak jumpa katanya. Katanya lah, set jam 8.00pm jumpa dua orang gadis sahabat baik aku, katanya kami 3 sahaja, sampai sana ada pulak boipren kawan aku ni, jadi melayanlah jawabnya, asalnya aku nak belanja, tapi ada pulak mamat tu terbantut pulak, insyaAllah next time ya. Yang sorang promote package pinjaman katanya, baik punya layan. Tergerak juga hati aku nak join tapi dalam pertimbangan, malas sebenarnya nak layan-layan hutang ni, nak jaga hati kawan jugakkan, apapun jawapan aku sudah pasti cuma masa nak di beritahu.

Sampai rumah aku terus operate tank vape baru aku, The Russian 91% ! Hebat bukan namanya ? Hahaha.. tapi tak seindah rupa, apapun hobi baru aku ni punya ongkos yang amat besar.

Well.. #vapeOFF dengarnya Vape Scene Malaysia bakal terkubur, jadi sama-samalah kita nantikan kebenarannya.

Sekian.

No comments: