Thursday, July 29, 2010

Pengembaraan Baru

Assalamualaikum w.b.t pembuka kata..

Mungkin lama sudah aku tidak update blog, mungkin kerana sibuk, almaklumlah sekarang aku sudah memasuki alam perkerjaan dan mengerjakan cita-citaku yang mungkin akan ku capai nanti. Dan mungkin selepas ini aku akan merajinkan diri untuk memblog. Macam-macam berlaku 2 bulan lepas, ada manis, ada pahit, ada masam, ada payau macam-macamlah pelbagai rasa, sweet sour ada juga rasanya. Bulan 7 datang lagi, apa yang harus aku lakukan sekarang, hidup mesti diteruskan, banyak persoalan bermain dalam kepala otak aku. Pasal keluarga, pasal cinta, pasal duit, dan banyak masalah yang datang. Banyak fikir kadang-kadang otak aku tak boleh nak fikir, kadang-kadang aku amat membenci kehidupan yang takkan datang dengan senang dan selalu didatangai dengan pelbagai masalah.

Baru aku merasai nikmat alam pekerjaan, besar harapan ku untuk menjadi seorang yang berjaya didalam industri ini, ya mungkin bidang ku kepada teknikal bukan kepada pengarahan dan penyuntingan. Banyak benda aku belajar dari orang yang berpengalaman, mungkin ini sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk mengejar cita-cita. Setakat ini aku telah mempelajari beberapa teknik pencahayaan yang unik dan lebih kepada eksperimental dan komersial. Kamera seperti 1ccd, 3ccd, Beta, Digi Beta dan Full HD 1080i semua sudah aku pelajari, semua sudah aku explore, alhamdulillah mungkin itu credit bagi aku, terima kasih sifu atas tunjuk ajarmu, mungkin rezeki aku belum ke format filem. Walaupun ada segelintir yang sakit ati dengan aku, tapi aku anggap ia sebagai titik permulaan untuk aku berjaya. Semua, insyaAllah aku akan berjaya.

Apa yang aku tau, bermula bulan 7 ini aku akan berusaha untuk memberi yang terbaik apa yang aku buat sekarang. Alhamdulillah kehidupan aku sekarang mula menemui cahaya, cuma satu yang kurang, CINTA. Bila bab keramat ini masuk kedalam kepala, aku rasa macam berada jauh darinya, begitu lama cinta yang kami semai adakah berkubur begitu saja? aku tidak sunyi, aku tidak bosan kerna ada sahabat baikku Azrie, adik perempuanku Mimie, dan rakanku yang sentiasa memahami diri aku. Walaupun aku kurang bergaul dan kurang memiliki kawan yang ku anggap sebagai sahabat, seperti mereka. Ya aku tau, aku bukan yang pertama untuknya, aku cuba untuk memberikan yang terbaik untuk dirinya, sebab dia adalah cinta pertama matiku. Aku banyak bersabar dengan sikapnya, walaupun kadang-kadang aku sanggup makan hati demi menjaga hatinya. Aku tertanya pada diri aku sendiri, dan mungkin kepada yang sedang membaca ketika ini, berbaloikah bagi aku mencintainya sepenuh hati aku sedang dari mulutnya hatinya sudah mati untukku? Adakah perkara 3 tahun lepas berulang lagi? sekarang aku hanya mampu untuk berserah pada yang ESA, jika benar dia jodoh ku akan ku jaga sampai mati, aku terima pa jua apa akan jadi. "Maaf jika aku tidak sempurna dimatamu"

Sampai disini, Selamat Malam.

No comments: