Saturday, May 8, 2010

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Cahaya Dari Syorga...

Alhamdulillah.. Aku mula mempercayai bila berbicara pasal rezeki, mungkin ia tidak nampak dari segi wang ringgit, tapi ia boleh dilihat dari segenap sudut. Tidak payahlah aku nak menerangkan satu-persatu. Terima kasih kepada seorang sahabat yang memberi aku peluang dan bernafas untuk berkarya, besar hajat aku untuk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang warga 'Seni'. Mungkin rezeki aku tiada disini, tetapi ternyata rezeki aku sudah mula 'terang' di luar sana.

Aku tidak akan mempersiarkan peluang yang ada, percayalah. Aku akan beri komitmen 110% kepada mereka yang mempercayai aku. Pegang janji aku, 'Bunuh' saja aku jika aku tidak dapat menunaikan janji aku. Kepada yang menyindir aku, memperbodohkan aku, terima kasih kerana sindiran dan hinaan anda memberi semangat saya untuk lebih maju dari kamu! kita lihat sapa yang berjaya nanti, aku akan pastikan segala cita-cita aku akan tercapai, ya! aku bermula di sini, di sini yang kecil tempatnya, di sini yang besar ruangnya untuk aku teruskan minat dan usaha aku!

Keep On Rolling!!!

No comments: