Monday, May 3, 2010

Jarang Menulis, Suka Membaca.

** Mari Menulis Dan Membaca


Salam ku mulai.. Maka jawablah salam ini dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa sangsi. 1 bulan sudah berlalu, banyak yang ku hadapi pada bulan April sehingga hampir menjatuhkan aku, semangat aku dan segala-galanya.

Soalan pertama yang aku ingin bertanyakan kepada mereka.

1) Apa Salah AKu?
2) Apa Dosa Aku?
3) Korang bagi aku makan?

Dua soalan ini sering bermain di kepala aku. Entahlah manusia sejagat. Aku buat ini kena sindir, aku buat ini kena kutuk, aku buat ini kena maki, aku buat ini pun jadi ISU! Oh mereka dan keluarga mereka, keluarga? ya mereka memang satu keluarga. Aku tidak pernah hendak mencemburui mereka ini. Pernah jua aku berfikir secara logik, jika benar mereka tidak menyukai aku lebih dari mereka, mengapa perlu hipokrit? mengapa perlu mendirikan bulu yang sedang basah? ya itu aku akui kehebatan mereka, apa yang mereka ada hanya pada satu iaitu.. POWER bila di melayukan menjadi KEKUATAN. Kekuatan yang ada bukan untuk menjatuhkan aku dan batalion seangkatanku, tetapi kekuatan dari sikap ketidak adilan. Mungkin ketika aku menulis ini, aku begitu beremosi, tidak bagi aku. Semalam adalah segalanya.

Adakah semalam berakhir segalanya? Adakah semalam penutup untuk semua ini, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. Mungkin lembaran baru akan bermula, tapi bukan disini, tapi disana. Rumusan yang singkat, "Ya, Aku Gagal....."

Wassalam.

2 comments:

MimiE Is Aku said...

ala spjg setahun dh mimie jadi bdk u nie banyak sangat dah org yang btopengkan manusia ...tapi stelah mimie jatuh luka berdarah2 sebab org lain ...mimie terfikir buat apa mimie buat something untuk org kenapa mimie x buat something yang buat mimie puas sendiri....lepas nie kalau tiba2 mimie jumpa orang yang baik pas2 tiba2 btkr jadi setan mimie x kisah yang penting mimie dah buat benda yang terbaik untuk diri sendiri....so dear my big bro relax...ignore them...keep in smile ;)

Anonymous said...

salam kasih pemula bicara..
ingin ku berkata pada mu kasihku..
biar kita tertindas kerana kekuatan manusia yang berkuasa..
biar jatuh kita tersembah bumi yang penuh noda ini..
biar berbatu kita kembara jelajahi pelusuk dunia dengan hati lara..
namun..
jgn sesekali kau mengalah wahai kasihku..
andai kau jatuh..bangun..merangkak..berjalan..dan berlarilah mengejar impian mu..
andai kau menyembah bumi..lihat sekeliling..angkatkan kepala mu..angkatkan badanmu..betulkan kepakmu..terbanglah kelangit biru mencari kejayaan..
setiap kecemerlangan, kejayaan, kebangaan dan yang seangkatan dgn nya..
bukan dtg dgn bergolek kearahmu..
namun datang dgn usaha yg gigih..
aku sentiasa percaya pada usaha dan ketekunan..
aku percaya kau mampu melakukan diluar tafsiran ku..
kau mampu untuk berdiri dan duduk sama rendah dgn mereka yang pernah menghinamu..
sekian dari ku yang terus menanti dibumi bertuah ini...
salam..