Saturday, March 27, 2010

Selamat


Bukan Jari Aku..

Lama sudah aku tidak menulis. Mungkin masa yang tidak membenarkan aku, atau aku sendiri yang cuba untuk menidakkan masa. Kehidupan semakin rumit, dan bila entah akan menemui kejayaan. Aky bersyukur apa yang ada pada aku sekarang ini. Mungkin ada yang lebih susah dari aku atau sebaliknya. Mungkin ini tidaklah begitu peribadi bagi aku, mungkin bagi sesetengah makhluk ia adalah retro kehidupan mereka.

Tiada guna juga untuk aku mengeluh atas apa yang aku alami selama ini, kerana aku percaya ini adalah takdir. Takdir yang sudah tertulis didalam hidup aku. Jika ia benar, aku redha. Aku tidak mengatakan aku pasrah, dan aku juga tidak mengatakan yang hidup aku sentiasa ditimpa musibah. Biasalah kehidupan manusia atas pasang surutnya, kadang kala kita diatas kadang kala kita dibawah. "Quote" begini sudah biasa dibaca atau didengar. Segala projek yang aku laksanakan pada bulan lepas dan bulan ini alhamdulillah aku dapat lakukan, aku percaya Tuhan sentiasa bersamaku. Aku tahu aku sendiri lalai untuk mendekatkan diri aku padanya.

Aku Manusia, manusia yang banyak kelemahan yang aku sendiri tidak dapat mengawal kelemahan diri aku. Maaf jika ada yang terasa dengan aku selama bersama dengan aku. Aku tidak berniat untuk mempermainkan hati dan perasaan mereka, tapi ia untuk kebaikan bersama. Tiada lain pinta aku, aku berharap segala masalah yang aku lalui ini akan berkahir. Biar perlahan, biar lambat, asalkan ia dapat mengubah segalanya. Mungkin ini sahaja dari aku untuk kali ini. Ya ALLAH, aku bermohon padamu, permudahkan segalanya atas apa yang aku lalui selama ini. Aminnn..

1 comment:

MimiE Is Aku said...

merokok merbahayakan kesihatan