Tuesday, January 31, 2012

Ya.. Itu awan nano.

Asslamualaikum..

Kadang-kadang kita tidak menjangka apa yang akan terjadi dalam hidup kita, kadang-kadang ada juga benda yang kita tidak jangka akan berlaku. Memang sudah lumrah manusia didalam kehidupan yang penuh dengan kekangan ini. Jika difikirkan diluar kotak pemikiran manusia, kadang-kadang kita menjadikan sesuatu yang remeh kepada yang serius.

Kadang-kadang benda yang serius juga boleh menimbulkan satu tanda tanya yang membuatkan kita melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Biarlah aku terus mentafsirkan apa yang berlaku, namun apa yang berlaku mungkin tidak kita sengajakan atau mungkin secara kebetulan.

Pada mulanya mungkin ia sekadar permainan biasa, lama-kelamaan ia menjadi sesuatu yang serius dan jika di layan ia akan menjadi kritikal, mungkin terlalu awal untuk menyatakan "YA" kerana apa yang berlaku mungkin tidak dirancang atau ia dinamakan jodoh atau disebaliknya. Apa yang aku rasa sekarang ini hanya tuhan yang Esa saja yang tahu. Tidak mungkin awan di atas mampu untuk aku capai?

Untuk aku akhiri segalanya, hanya dapat ku katakan, itulah awan nano. Selagi aku termampu untuk bermain semua ini, selagi itu aku cuba untuk mempertahankannya.





No comments: