Ia datang tanpa di duga, ia pergi tanpa kesan. Lumrah hidup yang harus di terima secara hakiki, mungkin ia secebis harapan yang harus aku terima kesahihannya. Mungkin kali ini aku harus terima kekalahan sekali lagi, aku sedar dengan segala keadaan yang aku alami. Besarnya dugaan yang ku terima, kita aku tersepit di dalam lubang dimana jalan keluarnya agak tipis, mungkin juga aku akan mati lemas di dalamnya. Dulu salah satu harapan yang aku taruhkan bersama semasa aku menjalani hidup aku hilang meninggalkan aku.
Benar kata orang tua, jika kita mempunyai sesuatu yang berjaya membawa kita di atas, harapan sentiasa ada bersama kita. Tapi ia hanya harapan yang tinggal kenangan, satu persatu hilang bersamaku, ia pergi sehingga membunuhkan di dalam secara lembut membuatkan ku luka yang teramat. Aku percaya harapan itu sentiasa bersama aku, aku percaya ia akan milik aku.
Hari ini aku terima satu sms yang begitu membunuh jiwa dan ragaku. Terima kasih kerana membuat cacian dan makian yang begitu membuatkan aku terguris dengan kata-kata mu, memang aku akui silap aku, tetapi kau harus ingat, siapa yang membuatkan kau berada di atas sehingga sekarang kau di anggap tuhan yang mampu menyembuh segala penyakit. Memang aku akui karma telah membunuh aku secara senyap, tapi ingat bila aku sudah kembali kelak aku akan berdiri setarafmu. Aku doakan kejayaan kau di dunia dan akhirat.
Aku berharap agar harapan itu seperti dulu, seperti mana harapan yang aku temui dulu.
Harapan Yang Mungkin Dalam Kesamaran..
Ku Terima Segala Kehendak Darinya..
Mungkin Sudah Takdir Ditulis Dengan Adilnya..
Ku Seru Harapan Kembali Padaku..
Walau Sukar Untukku Terima Hakikat..
Percayalah Pada Bayangmu..
Pijaklah Ia Seolah Datang Padamu..
Kini Ia Sudah Hilang Dari Ingatan..
Penuh Harapan.. Kasihmu..
Sayangmu.."
-riwayatsangpendosadankesudahannya2012-
No comments:
Post a Comment