Entahlah sejak akhir-akhir ni, hubungan kami agak renggang, entahlah aku pun tidak tau apa dan dimana silapnya, adakah ia salah aku atau salah dia, puas aku berfikir dari mana silap aku, harap tuhan permudahkan segalanya, memudahkan urusan hubungan kami dan semoga kami dirahmati.. InsyaAllah. Mungkin ini kali terakhir aku bersama laman sosial, kerana aku perlukan ruang dan waktu untuk bergerak. Bukan kerana aku anti-sosial, 1 account aku dah delete permanently, serabut dengan akaun tu, walaupun ia sekadar facebook untuk ku bermain game, tapi satu lagi account masih ada cuma aku cuba menghentikan ia dalam jangka masa yang agak lama. Aku hanya ingin membetulkan diri dan menjauhkan diri dari dunia maya buat seketika.
Facebook? banyak kelebihan dan keburukan pada facebook. Mungkin kali ini aku akan menghentikan segala akitviti aku di sana, banyak sebab-sebab kenapa aku deactivate facebook aku. Biarlah masa yang sesuai untuk aku kembali. Biarlah aku active dan membebel sorang-sorang di twitter dan blog ku. Kepada semua warga facebook ku, aku tidak remove korang dari friend list, cuma aku mahukan sedikit ruang untuk aku bergerak. InsyaAllah aku akan kembali bila aku dah mencapai apa yang aku mau di realiti. Aku tau ia akan datang padaku, cuma aku tak tau bila dan macam mana. Izinkan untuk sekali ini sahaja aku menyendiri dari dunia luar.
No comments:
Post a Comment