Friday, June 8, 2012

Jumaat Yang Indah

Seperti biasa setiap minggu kita akan ditemukan di hari Jumaat yang indah dan di rahmati. Namun apa yang berlaku hari-hari sebelumnya kita akan jadikan ia sebagai iktibar. Tiada apa yang menarik padaku sepanjang weekdays ni, cuma perasaan saja yang berubah. Perasaan yang berubah mengikut mood dan keadaan semasa, aku masih juga begini, tiada perubahan yang nampak, tapi sinar cahayanya semakin terasa kekurangannya. Mungkin aku tidak seperti dulu, sekarang aku lebih mellow-slow-steady.. hakahak! mungkin. 

Aku dapat rasakan aku mungkin kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidupku, mungkin sudah takdir begini ya, nak kata apa juga. Aku harus terima dengan senyuman bukan kepahitan. Namun kini aku sudah merasa kesunyian. Apa yang pasti, kehidupan mesti diteruskan walaupun sukar untuk menerima hakikat, tapi ini adalah aku, mungkin masih samar-samar masa depanku, tapi aku akan buktikan, aku tidak seperti apa yang kau jangkakan dan sangkakan. 

Masa yang ada sekarang ni, aku cuba mencari dan mendalami isi dalamku, apa yang kurang apa yang lebih, aku cuba untuk meperbaikinya sebaik mungkin aku, biarlah kesedihan semalam dijadikan teladan untuk hari ini.Ya aku percaya pada jodoh, sepertimana yang selalu dikatakan para ambia di muka bumi "Ada Jodoh Tak Kemana". Namun satu, aku tidak akan mengalah. I won't give up on us..

Selamat Menunaikan Ibadah Solat Jumaat ^_^
-aziman7-



No comments: