Saturday, September 22, 2012

Masih Jelas

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah 1 minggu sudah berlalu, sudah hampir pulih 70% aku cuba untuk membaik pulih jiwa yang sudah rosak. Segalanya sudah terjawab, akhirnya aku sudah mengetahui sebab, punca dan akibat. Harus aku akui ia memang menyakitkan. Terima kasih untuk semua itu. Kini aku cuba membuat langkah baru yang amat sukar aku lalui. 

Sekarang anda sudah mempercayai KARMA? ia memang terjadi pada setiap makhluk ciptaan tuhan. Aku cuba untuk membuka pintu hati ini yang sudah tertutup rapi, membuka untuk melihat dunia, bukan untuk menerima dunia. Aku tetap bersyukur kerana ada orang tua ku yang memberi semangat untuk aku teruskan hidup. 

Dari awal lagi sudah aku jangkakan perkara begini akan berlaku, namun aku cuba untuk menidakkan kebenaran, aku cuba untuk melawan takdir yang sudah tertulis, ternyata kuasa Tuhan lebih kuat dan tiada bandingannya, siapalah aku untuk melawan takdir yang sudah tertulis. Namun jauh di sudut hatiku untuk menerima ia semula, aku tidak memaksa, cuma masih ada ruang untuk nya. Aku mohon agar ruang yang ada ini di gunakan sebaiknya sebelum ia mula di tutup untuk yang lain yang sudah lama aku nantikan ia bersinar kembali.

Mungkin terlalu awal untuk aku katakan aku sudah bersedia, namun kita kena bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Biarlah sekarang ini aku dengan kehidupan baru aku, di kelilingi oleh manusia yang baru di corakkan warnanya, ia sudah cukup membuatkan ku bahagia. Cuma aku doakan kebaikan untuk kau di sana. 

Sekian.

Dari bicaramu kurasa
Penuh nada dan irama
Lalu cahaya berubah
Kebiruan tersusun tercantik
Haluan
Madah dan puisi digubah
Hanya buatmu yang terindah
Lalu sanggup kuhamparkan
Satu cinta
Satu jiwa
Sedangkan ianya berbeza...
 
Lantas hilang erti sebuah keinginan
Saat bukan aku pilihan
Satu cintamu satu sandiwara
Cuma dusta...
Puas ditangisi bila hati dilukai
Puas kau hancurkan segala impian kasih
Kini bagai kelemasan karam ditengah lautan
Sementara ku dimimpi oleh berjuta penyesalan...

Puasku mencari hakikat cinta yang suci
Puas ku menanti cerita gembira tapi kini
Segala bagiku hanyalah
KASIH TAK KESAMPAIAN...
 


No comments: