Friday, March 16, 2012

Dicari, Tercari..

Jumaat yang syahdu.. Hujan lebat, aku blues di hari ini. Banyak benda yang kena aku fikirkan, A-Z, biasalah di usia aku sudah mula memikirkan erti tanggungjawab dan masa depan. Syukur ada orang yang bersama aku, ketika senang susah. Terima kasih kerana memahami diri ini. Agak awal mungkin perkenalan ini, tapi aku dapat rasakan keikhlasan tentang dirinya. Azn..

Bulan ni, bulan holiday, bulan untuk bercuti menenangkan fikiran atau bulan untuk membiasakan diri dengan kelahiran baru? hakhak! mungkin juga kelahiran yang mematangkan aku. Kadang kala aku tercari, apa yang aku cari, apa yang pula mencari? biarlah.. Hari yang agak mengecewakanlah bagi aku, mungkin benar kata orang jangan terlalu yakin dengan apa yang di nanti, kalau tidak dapat memang mengecewakan. Tapi aku sudah mencuba, mungkin bukan rezeki.. Hmmm.. Aku cuba mengejar apa yang aku mahu dalam hidup, tapi aku harus juga memikirkan mereka yang dibelakangku yang membesarkan aku selama ini.

Namun aku tetap percaya, aku akan berjaya jua, aku tau rezeki aku akan ada tahun ni. Semalam selepas aku berborak dengan yang tersayang, aku pegi ke pejabat kawan ku, menonton bola.. walaupun team aku kalah, tapi puas dapat berborak dengan sahabat baik aku. Aku hanya meminta pendapat dari dia, dan benar katanya.... "Rebut Peluang Yang Ada Di Depan Mata" aku hanya mampu terdiam. Terima Kasih pada sahabat aku kerana memahami aku. Memang benar kata sahabatku itu, hidup mesti diteruskan.

Satu lagi perkara yang sangat membengangkan aku, Ext HDD aku, corrupted! segala software, pictures semuanya hilang, sekarang dalam proses recovery, harap semuanya ok. Aku sekarang hanya mampu untuk menunggu apa akan berlaku, dan meniti kehidupan bersama si dia, rakan-rakan serta keluargaku.. Semoga Di Rahmati. InsyaAllah..



Thursday, March 1, 2012

Mungkin Juga.

Cepat masa berlalu, tanpa disedari. Lip-lap-lip-lap-lip-lap.. prack! bulan 3.. Terima kasih dan syukur pada yang esa aku masih bernyawa. Semua berubah, setiap perubahan dirasai. Bangkit segala rasa, rasa yang mungkin sudah lama tidak aku rasai. Mungkin kekal, mungkin tidak. InsyaAllah.. aku berserah. padaMu.