Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara  academia, politik dan journalist dalam entry ini. Hanyalah  pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah  berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan  kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds  Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.
 Disclaimer :  ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika  anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda  skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.
1) "  Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau  polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau  bilau kat KL tu"
 A) untuk pengetahuan  adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa  berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya  ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan  DAP di Penang dan KL.
Perarakan kemenangan ini pada  mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak  polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila  peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.
Orang  cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum  Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu  dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula  sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.
Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.
 B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman
 C)  Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah  pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek  je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat  hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda  pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda  pulak jadi beruk atas Jalan raya.
Sekali Ambiga keluar  arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak  serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan? 
 "alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."
 2) "  aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh  buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan  merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"
 A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.
Manusia  jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan  menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan  kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan  polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.
 B)  Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak  sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan  rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah  kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila  perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?
Kalau  korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka,  sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu  kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang  tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka  korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap  tak pakai otak.
3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"
A)  Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling  hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang,  aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini  mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?
B)  Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je  gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.
4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.
Alkisahnya,  pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam  yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila  kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara  Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.
Pada  masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy  untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana  perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan  jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan  aktivis lawyer itu...
Anda kenal siapa lawyer yang  lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua  gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)
Dan  pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar  Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan  di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan  diketuai oleh Ambiga ini.
"tapi Zulfikar, kau tak  boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak  sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh  ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"
Jika  begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa  anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda  hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum  keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana  lesen arak?
Nampaknya prinsip anda tidak selari  dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu  pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki  hamun dan bangun berdemonstrasi.
Tapi di satu  pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan  antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana  pendirian korang ni?
Korang perlu ingat, dosa dia  terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi  jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan  memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa  agama islam.
Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.
contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
v.  Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya  ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan  keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang  bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
Apa  yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan  Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna  dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?
Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan! 
Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.
5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"
i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..)
ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.
Jika  sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu  hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.
Jika  Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA  Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa  akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk  merampas kembali kuasa
 
Sampai bila nak habis?
Jadi  gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar  menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas  kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila. 
Formula  kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak  merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati  majoriti rakyat.
Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini  tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh  Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga  Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia  membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam  temuramah menyatakan.
" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka
Cuba  anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di  Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan  itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan  jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan  berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.
Contoh yang  paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa  oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah  milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.
Tapi  Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila  diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana  asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.
6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"
i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.
ii)  Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan  segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di  PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah  pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah  menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih  menang dengan majoriti yang banyak?
Dimanakah pengundi  Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal?  dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua  oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak  membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?
iii) BN pernah kalah  teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan  ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for  whatever cost! by crook or by hook!
"Kenapa pulak Zulfikar?"
Kerana  Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak  berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak  buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang  ihsan, nak buat muslihat mahkamah.
Jadi sepatutnya, BN  menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan  Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak,  negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan  strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan  berkempen untuk menang kembali pilihanraya?
Lebih baik  guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi  aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak  dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.
iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.
Jika  BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan,  buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu  dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU.
_____________________________________________________
Jawapan  di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas,  memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang  terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali  hujah mantik.
Dan pendapat di atas adalah  semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu  statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal,  the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia  dan sebagainya.
Dan tak perlulah aku ulang sejarah  pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO  itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku  sejarah politik Malaysia.
Aku hanya memahami politk dari sudut pandang seorang rakyat.
 
SUMBER : RASA HATI