Saturday, May 8, 2010

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Cahaya Dari Syorga...

Alhamdulillah.. Aku mula mempercayai bila berbicara pasal rezeki, mungkin ia tidak nampak dari segi wang ringgit, tapi ia boleh dilihat dari segenap sudut. Tidak payahlah aku nak menerangkan satu-persatu. Terima kasih kepada seorang sahabat yang memberi aku peluang dan bernafas untuk berkarya, besar hajat aku untuk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang warga 'Seni'. Mungkin rezeki aku tiada disini, tetapi ternyata rezeki aku sudah mula 'terang' di luar sana.

Aku tidak akan mempersiarkan peluang yang ada, percayalah. Aku akan beri komitmen 110% kepada mereka yang mempercayai aku. Pegang janji aku, 'Bunuh' saja aku jika aku tidak dapat menunaikan janji aku. Kepada yang menyindir aku, memperbodohkan aku, terima kasih kerana sindiran dan hinaan anda memberi semangat saya untuk lebih maju dari kamu! kita lihat sapa yang berjaya nanti, aku akan pastikan segala cita-cita aku akan tercapai, ya! aku bermula di sini, di sini yang kecil tempatnya, di sini yang besar ruangnya untuk aku teruskan minat dan usaha aku!

Keep On Rolling!!!

Monday, May 3, 2010

Jarang Menulis, Suka Membaca.

** Mari Menulis Dan Membaca


Salam ku mulai.. Maka jawablah salam ini dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa sangsi. 1 bulan sudah berlalu, banyak yang ku hadapi pada bulan April sehingga hampir menjatuhkan aku, semangat aku dan segala-galanya.

Soalan pertama yang aku ingin bertanyakan kepada mereka.

1) Apa Salah AKu?
2) Apa Dosa Aku?
3) Korang bagi aku makan?

Dua soalan ini sering bermain di kepala aku. Entahlah manusia sejagat. Aku buat ini kena sindir, aku buat ini kena kutuk, aku buat ini kena maki, aku buat ini pun jadi ISU! Oh mereka dan keluarga mereka, keluarga? ya mereka memang satu keluarga. Aku tidak pernah hendak mencemburui mereka ini. Pernah jua aku berfikir secara logik, jika benar mereka tidak menyukai aku lebih dari mereka, mengapa perlu hipokrit? mengapa perlu mendirikan bulu yang sedang basah? ya itu aku akui kehebatan mereka, apa yang mereka ada hanya pada satu iaitu.. POWER bila di melayukan menjadi KEKUATAN. Kekuatan yang ada bukan untuk menjatuhkan aku dan batalion seangkatanku, tetapi kekuatan dari sikap ketidak adilan. Mungkin ketika aku menulis ini, aku begitu beremosi, tidak bagi aku. Semalam adalah segalanya.

Adakah semalam berakhir segalanya? Adakah semalam penutup untuk semua ini, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. Mungkin lembaran baru akan bermula, tapi bukan disini, tapi disana. Rumusan yang singkat, "Ya, Aku Gagal....."

Wassalam.