Thursday, September 13, 2012

Gerimis mengundang lagi.

"Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta,
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia,
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku, 
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata, 
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada, 
PadaMu ku pohon sucikan hatiku,
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu,
Amin.."

Gerimis mengundang lagi tatkala aku di dalam kesejukan dan tak bernyawa, ketika aku memerlukan udara untuk bernafas datang sangkakala menusuk salur pernafasan sehingga aku lemas dan dan hampir mati. Ku akui pengakuan ikhlas mu memang benar-benar menghancurkan ku, aku tidak tahu apa agenda mu, dan aku jua tidak tahu apa sebenar kemahuanmu, kau perlahan-lahan membunuhku tanpa belas kasihan, aku mati sayang, kenapa ketika aku memerlukan kau disisi kau perlahan membunuhku tanpaku sedar? 

Segala yang di impikan mati di cantas tanpa kasih dan belas, mungkin sudah sampai waktu ku mendengar kau bersuara tanpa aura, warna sebenar yang mula terang dan semakin terang. Engkau memaksa aku untuk membenci, tidak semudah itu, segala kata yang keluar dari mulut mu tidak sedetik membuatku membenci mu. Jika pilihan kau lari dari segala kenyataan di persilakan, aku relakan, kerana aku tahu kau tidak mampu untuk menanggung segalanya, mungkin aku di tahap kontang, belum juga pasti kau akan faham situasi aku, dari mulut katakan ya, dari hati tiada siapa yang tahu, hanya DIA yang memahami isi hatimu yang tersirat.

Aku harap bila kau berjalan jauh nanti, kau temui segala yang kau impikan, banyak simpang yang bakal kau temui nanti, ia akan membuatkan kau befikir apa transisi yang seterusnya. Jadi kau biarlah aku sendirian tanpa kasih dan sayang mu, 

Sayang..
Tiada manusia yang sempurna di dunia, begitu juga kau banyak kekurangan, apatah lagi aku yang sama di jadikan seorang manusia. Aku memohon seribu keampunan dari mu, banyak kekurangan ku yang membuatkan kau terperangkap dalam dalam jiwa mu, aku tahu memang tiada sinar dari ku, tapi aku percaya, suatu hari nanti sinar akan menyingkap segalanya. Mungkin aku masih jua berharap jika kau adalah jodohku ku terima dengan tanda syukur. Aku doakan kau berjaya, mengejar apa yang kau impikan. Kalau kita tidak berjumpa di dunia, akhirat juga akan menemui kita. InsyaAllah. 

2202012.11092012

No comments: