Friday, July 3, 2009

From Putra Jaya With Love.


Simpang baru yang aku lalui ini aku bernasib baik, mungkin kerana jalan yang aku lalui ini, jalan yang bertar dan jalan yang baru dibina, pendek kata jalan "Highway". Walaupun kurang kereta lalu disini tapi aku teruskan perjalanan aku disini, mungkin juga aku dapat melupakan jalan lama, terimak kasih kepada "simpang yakuza" kerana memberi aku keyakinan yang tinggi untuk meneruskan perjalanan aku disini. Disini juga aku temui kawan seperjuangan aku, tapi aku tidak pasti adakah destinasinya sama dengan aku tidak, dan yang paling pasti sekarang aku mengekori sebuah kereta yang pasti akan aku tumpangi suatu hari nanti.

Walaupun agak sukar untuk aku ekori kereta ini, tapi aku yakin dan pasti 650'Z aku boleh mengekori dengan rapat. Aku berehat sebentar ditempat persinggahan untuk berehat, nasib aku baik kerana kereta yang aku ekori berehat ditempat yang sama. Kami berehat, minum bersama, bercerita tentang sebuah kisah klasik. Masa lagi panjang atau aku harus terus mengekorinya sehingga aku boleh menumpang keretanya suatu hari nanti. Aku teruskan perjalanan aku.....

No comments: